Bila sebut sahaja Google semua suka. Kenapa? Pastinya kerana aplikasi-aplikasi yang ringan dan of course PERCUMA. Dalam GOJES 2017 yang saya hadiri baru-baru ini, audiens telah diperkenalkan dengan 2 update terbaru aplikasi Google Earth dan Google Arts & Culture. Saya cukup kagum dengan 2 update ini.
Google Earth
- Update terbaru membolehkan pengguna melayari globe daripada telefon pintar sahaja. Taipkan tempat yang ingin dikunjungi dan anda akan dapat pergi ke tempat tersebut dengan cepat.
- Ada animasi menarik seolah-olah anda terbang dari satu tempat ke satu tempat lain.
- Pada bahagian kiri peta ada beberapa icon;
- 3D untuk paparan melihat bangunan dan infrastruktur.
- 'human figure' untuk Google Street View. Dengan menekan icon ini, pengguna akan dapat melihat sudut pandangan atas jalan dan anda boleh navigasi seolah-seolah anda sedang berjalan di tempat tersebut.
- kompas untuk menentukan arah utara.
- Pada bahagian atas;
- kemudi kayu untuk melihat cadangan atau Editor's pick.
- kamera untuk screenshot gambar peta.
- dadu untuk pergi ke mana-mana tempat lain secara random.
Google Arts & Culture
- Aplikasi ni simple je. Anda boleh cari tempat-tempat bersejarah terutamanya muzium, galeri seni, tempat tinggalan sejarah dan bermacam-macam lagi. Boleh pilih satu muzium dan anda boleh navigasi seolah-olah anda sedang berada di muzium itu.
- Aplikasi ini menarik bagi subjek sejarah sebab guru-guru boleh jelajah dan buat lawatan maya bersama-sama dengan murid. Boleh buat tetapan tempat kegemaran dan bina projek untuk subjek.
- Tekan icon 'nearby' dan pengguna dicadangkan dengan tempat yang terdekat dengan lokasi. Contohnya, saya berada di Bandar Putra, Kulai dan tempat dicadangkan adalah Singapore Arts Museum.
- Murid-murid boleh diberikan satu tajuk tugasan sebelum masuk ke kelas dan mengambil beberapa gambar atau dapatan di tempat yang dilawati. Dengan itu murid- murid dapat membentangkan tugasan mereka daripada telefon pintar atau tab sahaja. Mudah!
- Macam mana nak bentang dari telefon pintar dan pancar ke projektor? Gunakan Screenbeam Mini 2!
- Macam mana nak buat tu? Dapatkan tutorial kami dengan menyertai t.me/mudahmengajar
Bagi setiap gambar jelajah yang murid ambil, mereka boleh buat anotasi dengan meletakkan beberapa 'note point' pada objek tertentu. Gunakan Thinglink!
- Tetapkan 'tag' pada objek atau bahagian tertentu pada gambar. Pilih sama ada pautan, video, teks dan sebagainya.
- Nak tahu cara nak buat? Join t.me/mudahmengajar
Ok rakan-rakan guru semua. Selamat mencuba!
PA21? Join t.me/mudahmengajar
Like Facebook Mudah Mengajar: fb.me/mudahmengajar
0 Ulasan