APLIKASI UNTUK MENCATAT NOTA



Dari Mudah Mengajar, kami kongsikan 10 aplikasi mencatat nota atau omputihnya sebut '10 best notetaking apps'. Ada banyak kan di luar sana tapi Mudah Mengajar dah saring siap-siap supaya anda dapat panduan dan saranan yang sesuaiiiii.... Lepas baca review ni anda pilihlah mana-mana yang elok keh.

1. Google Keep
Yang ni, Mudah Mengajar paling suka sebab penulis memang hardcore Google Apps. Senang nak integrasi. Boleh taip nota, buat checklist, masukkan gambar serta nota, nota suara (voice note) dan contengan pada gambar (buat anotasi pada gambar). Ia ringan dan akan synchronize across devices. Kat phone update, kat web update..di mana-mana pun updated. Setiap nota tu dipaparkan dalam bentuk stickey notes dan boleh pilih warna. Banyak aih. Download dan cuba sendiri nanti taula. Log in guna gmail je. Kalau nak guna buat draf pun boleh. Lepas dah cukup perkataan di minda nak mengarang boleh convert nota tu kepada Google Docs. Takpun buat rangka isi untuk Google Slides. Masa buka Google Slides boleh insert nota ni kat tepi Google Slides sebagai rujukan.

Image result for google keep


2. Xodo Pdf
Yang ni kebanyakannya untuk anda masukkan pdf dan buat anotasi. Jadi senanglah bagi yang nak buat ulangkaji kan. Jika anda ada beli ebook Mudah Mengajar, bolehlah masukkan dalam app Xodo Pdf dan conteng-conteng nota sikit. Study jangan tak study!

Related image


3. Evernote
App ni antara yang paling femes. Sbb senang boleh install di mana-mana. Boleh masukkan nota secara online dan offline. Mcm Google Keep tadi. Cuma bulky sikit. Bulky tu maknanya failnya besar dan lambat sikit nak load. Tapi mcm-macam boleh buat dengan Evernote. Try sendiri nanti anda tahu. 


4. Microsoft One Note
Yang ni sesiapa pakai Microsoft Office harus menggunakan aplikasi ni. Kalau secara mobile (guna tab atau Surface Pro), bestlah sebab boleh buat Digital Ink.  Ni memang macam buku nota betul siap ada muka surat, boleh masukkan voice note. Lepas tu siap ada partition lagi. Nak lebih info tanya Cikgu Aman. Die memang pakar Microsoft One Note.

A tablet showing OneNote on Windows 10
5. Notability
Notability ni aplikasi daripada Apps Store (Untuk iphone, ipad sahaja yer). Mudah dan anotasi maklumat nota. Cantik cuma kena bayarla. Fungsi tak banyak biasa-biasa saje cuma sesuai untuk pengguna iPad atau iPhone. 

Screenshot 1


6. Microsoft Edge
Ramai yang tak tau. Microsoft Edge a.k.a Internet Explorer Versi baharu ni boleh buat anotasi pada laman web yang sedang dilayari. Lagi best kalau akses daripada Surface Pro. Gunakan Windows Ink Technology. 



7. Zoho Notebook
Zoho Notebook adalah satu app menyimpan nota yang biasa tetapi menariknya ada cover pada setiap nota atau himpunan nota. Anda boleh melihat senarai nota dalam bentuk akordion juga. Ia mempunyai adpatasi antaramuka mengikut keperluan atau jenis nota yang dicatatkan. Ia juga percuma dan boleh synchronize across multiple devices tanpa had. 




8. Drawboard Pdf
Ha yang ni kena bayar. Dalam RM39 duit Malaysia. Unlimited Use. Senang nak buat anotasi, taip nota, buat kira-kira, sketch muka sendiri dan bermacam-macam lagi. Hanya untuk peranti mudah alih Microsoft sahaja seperti Microsoft Surface Pro. Ada Mirosoft Surface Pro memang sedap guna dan fungsinya ada banyak. Boleh juga buat ukuran dan imbangan. Senang nak ajar Fizik dan Matematik. 



9. Simple Note
App ni sangat mudah dan boleh digunakan dalam laptop, laman web serta pelbagai lagi peranti. Antaramukanya juga ringkas dan hitam putih saja. Boleh digunakan secara online dan offline.


10. Squid
Squid mengguna pakai teknologi touchscreen dan sketching. Jika anda ada peranti skrin sentuh dan pen stylus, anda boleh menulis nota seperti menulis di atas kertas. Anda juga boleh pilih canvas (kertas) mengikut rekabentuk seolah-olah seperti kertas sebenar. Amat menarik dan mengagumkan. Boleh masukkan Pdf dan buat anotasi seperti apps-apps yang lain. 

Welcome to Squid! Ditch paper and take notes like never before! Markup PDFs, write on presentations, sign documents, grade papers, annotate music, and more...

Ha itu sahaja review daripada Mudah Mengajar. Semua ulasan ini adalah pendapat penulis. Bagaimanapun terpulang kepada semua samada berkenan itu atau ini. Yang penting rajin-rajin catat nota dan baca. Pilih app yang anda selesa dan mudah untuk anda gunakan.

Terima kasih dan jangan lupa sertai kami!

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku

APLIKASI UNTUK MENCATAT NOTA APLIKASI UNTUK MENCATAT NOTA Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.