9 TREND PAK21 DI TAHUN 2017 DAN 6 PERKARA MENARIK UNTUK 2018



Tahun 2017 semakin hampir ke penghujungnya. Mari kita semak semula 9 trend PAK21 pada tahun 2017 dan 7 perkara menarik untuk tahun 2018.

Trend PAK21 tahun 2017

1. Digital Ink
Trend ini bukanlah baru tetapi kita melihat satu gelombang baru dalam penyelesaian teknikal kepada pdpc dalam kelas. Dengan mengunakan peranti pintar samada tablet, telefon pintar atau komputer touchscreen, guru dapat mencatat nota, membuat anotasi ataupun membuat contengan pada fail pdf semasa mengajar. Guru juga dapat bergerak dalam kelas sementara paparan pada peranti dipaparkan dalam kelas. Tidak perlu lagi menggunakan marker pen dan contengan pada papan putih. Walaupun nampak ringkas, ia sangat memudahkan PdPc guru. Trend ini dilihat telah diperluaskan secara besar-besaran melalui Group Telegram Digital Classroom dan Cikgu Aman. Berminat? Join, t.me/digitalclassroom

Image may contain: 2 people, people smiling, screen


2. Modul Multimedia PdPc STEM
Modul ini telah dibuat untuk membantu guru-guru khasnya guru-guru STEM menyampaikan PdPc dengan penggunaan bahan digital dan bantuan alat-alat teknologi. Bukan sahaja memudahkan guru malah menjadi rujukan kepada pelbagai subjek. Terima kasih Eduwebtv. Muat turun di sini. 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing


3. eRPH
RPH digital bukan perkara baru tetapi pada tahun 2017, kita menyaksikan lebih banyak variasi RPH digital. Yang terbaru ialah eRPH iaitu RPH yang boleh dibuat secara online, dikongsikan secara dalam talian serta disemak secara real time. Beberapa sistem telah diperkenalkan antaranya ialah erph online, erph melalui Frog VLE, erph melalui Google Classroom dan bermacam-macam lagi. Buat RPH sendiri? Rujuk ni, http://mudahmengajar.blogspot.my/2017/12/buat-diy-rph.html

4. Casting dan Mirroring
Semakin ramai guru kini memilik LCD projektor untuk digunakan dalam bilik darjah. Malah kemudahan ini juga ditambah baik di kalangan guru. Oleh itu, perlunya ada kaedah untuk membuat paparan sama daripada peranti kepada LCD projektor. Antaranya ialah Screenbeam Mini 2, Chromecast 2, EzCast dan Mirroring 360. Guru-guru mempunyai pilihan sama ada membuat casting ataupun mirrorring. Casting adalah membuat paparan sesuatu aplikasi dalam peranti ke projektor tanpa membuat paparan yang sama seperti pada peranti asal. Mirroring pula menunjukkan paparan yang sama pada peranti ke projektor. Guru harus bijak memilih sama ada mahu menggunakan alat casting atau mirroring yang mana ada yang perlu talian internet dan ada yang boleh berfungsi secara luar talian. Antara manfaatnya ialah pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, guru dapat menayangkan video, guru dapat memeberi lebih perhatian kepada murid dan teknologi ini dapat mengambil gambar dan memberi ulasan menggantikan peranan visualizer. Mahu belajar buat casting dan mirroring menggunakan Google Chromecast, join t.me/aplikasigoogle



5. Kit PAK21 KPM
Satu Kit Penerangan PAK21 telah diterbitkan oleh KPM. Kit ini bertujuan menjadi sumber rujukan kepada SISC+, SIP+ dan pentadbir sekolah untuk memberi pembugaran PAK21 kepada guru-guru.  KIT ini antaranya menggariskan keperluan pembelajaran abad ke 21 iaitu 4K 1N (Komunikasi, Kolaboratif, Kreativiti dan pemikiran kiritis serta N=Nilai). Beberapa aktiviti cadangan PAK21 turut diberikan diikuti dengan penekanan kepada 3 pendekatan pembelajaran pemikiran aras tinggi iaitu pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek. Mahu perbincangan lebih terperinci PAK21? Join, t.me/mudahmengajar.com



6. FrogPlay
Tahun ini Frog Play telah dilancarkan dan dijalankan secara besar-besaran. Murid perlu log in dan menjawab kuiz untuk meraih markah terbaik. Jumlah log in juga diambil kira termasuk jumlah masa penggunaa. Beberapa sekolah mengambil langkah inisiatif dengan menawarkan hadiah berupa trofi dan hadiah badge. Budaya ini mendapat sambutan hangat dan menyaksikan persaingan sengit beberapa sekolah di seluruh negara.




7. Mudah Mengajar
Blog ini telah diwujudkan pada Bulan Mac 2017 bertujuan untuk berkongsi idea dan amalan PdPc PA21. Bukan satu-satunya blog pendidikan PAK21, namun begitu blog ini mengutamakan perkongsian kemahiran serta tips yang boleh diambil guru untuk menghasilkan pdpc yang lebih baik. Daripada blog, Mudah Mengajar telah berkembang kepada laman web, Telegram Group, Telegram Channel, Facebook Page, Andoird App dan Youtube Channel. Selain itu, 2 buah ebook telah diterbitkan iaitu Aplikasi PdPc PA21 V1 dan Terokai Dunia Baru PA21. Layari mudahmengajar.com




8. SKPMg2 dan elemen 4.6
SKPMg2 telah digunakan untuk memberi penilaian kepada kualiti PdPc guru. Berbeza dengan SKPM2010, borang penilaian ini lebih bersifat subjektif serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses semasa PdPc berlangsung. Ia lebih ringkas, mudah menilai serta lebih jelas dari segi rubrik pemarkahan. Item 4.6 iaitu murid terlibat secara aktif telah menjadi kegusaran kepada ramai guru berikutan keperluan murid untuk bersoal jawab dan mengemukakan soalan atau pandangan semasa PdPc berlangsung. Namun bergitu dengan adanya sokongan dan bimbingan SISC+, GC dan rakan-rakan guru daripada pelbagai channels, banyak idea dapat dikongsikan.

9. PdPc Dalam Talian Antara Negeri.
Beberapa buah sekolah antara negeri telah menganjurkan PdPc serentak secara berkolaboratif. Ini adalah amalan sihat yang patut diteruskan agar wujudkan hubungan dan perkongsian pembelajaran secara global. Apa yang mencuri perhatian ialah kerjasama serta perancangan dari kalangan guru terlibat beberapa bulan atau minggu sebelum aktiviti ini dijalankan. Ratusan murid dapat berhubung melalui aplikasi Google Hangouts, melihat bahan pembelajaran melalui EdPuzzle serta menjawab soalan kuiz melalui Quizizz. Follow Cikgu Huszaruddin Hussin dan perkembangan insiatif beliau.


No automatic alt text available.


TREND 2018

1. Open Platforms
Jika sebelum ini kita melihat Learning Management System hanya bertumpu kepada Frog VLE sahaja, kini muncul pelbagai variasi sebagai pelengkap kepada LMS ini. Anataranya Google Classroom, Schoology dan Edmodo. Setiap satunya membawa fungsi yang sama tetapi dengan antaramuka atau desain yang berbeza. Google Classroom dilihat lebih mesra pengguna kerana memberi banyak kelebihan kepada pengguna yang sudah biasa menggunakan GMail dan Google Drive.

2. Screen Sharing PdPc
Screen sharing merupakan satu solusi teknikal kepada teknologi pdpc dan pembelajaran kolaboratif antara dua institusi berlainan lokasi. Dengan paparan sebegini, semua murid tidak kira di mana pun lokasi akan dapat melihat skrin yang sama, ataupun paparan pada skrin komputer murid boleh dilihat oleh guru dan murid-murid lain. Antara aplikasi yang memperkenalkan teknologi ini ialah Chrome Remote Desktop, Google Hangouts Screen Sharing, Google Cast For Education (hanya untuk gSuite for Education), Zoom Cloud Meeting, Skype Screen Sharing dan Nearpod. 

3. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek adalah antara 3 pendekatan pembelajaran pemikiran aras tinggi yang ditekankan sejajar dengan cabaran pendidikan abad ke 21. Bagi menyahut cabaran pendidikan global, pelbagai projek dan program diwujudkan. Antaranya ialah STEM ,TS25 dan integrasi dalam buku teks terkini KSSM. Pembelajaran ini juga sebagai penyelesaian kepada penilaian silibus topikal yang mana satu kerja kursus diwujudkan khas bagi merangkumi beberapa topik dan penilaian dibuat sekaligus dan dapat melihat murid mengaplikasikan beberapa kemahiran penting. 

4. Gamifikasi Pembelajaran
Dengan pesatnya aplikasi dan web tools permainan seperti Quizizz dan Kahoot, tumpuan dan perhatian murid dalam pembelajaran menjadi semakin baik. Murid lebih bermotivasi dan berdaya saing. Trend ini akan menjadikan lebih banyak pembangun aplikasi kuiz dalam talian mahupun luar talian untuk disuaipadankan dengan platform pembelajaran sedia ada.

5. VR & AR
Pada tahun 2017, Aurasma telah menjadi aplikasi AR yang paling banyak digunakan serta digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu kita akan menyaksikan lebih banyak aplikasi VR dan AR akan dibangunkan. Yang menjadi semakin hangat digunakan sekarang ini ialah Vuforia. Malah Apple Education juga sedang giat mengembangkan pembinaan teknologi AR dan VR dalam platform peranti ios mereka. 

6. Artificial Intelligence 
Artificial Intelligence iaitu satu teknologi mengenal maklumbalas secara pintar menjadi trend terkini dalam pembelajaran. Chatbots, Assisstants dan Google Voice Typing Command. Ini mampu menjadikan pembelajaran lebih menarik serta mempercepatkan proses pencarian maklumat untuk topik yang dipelajari. 

7. Penggunaan Smartboard
Penggunaan Smartboard bukanlah baru tetapi semenjak viral saranan kerajaan tentang penggunaan teknologi seperti ini dalam PdPc, maka tumpuan sekarang diberikan kepada penyediaan Smartboard. Bagaimanapun beberapa perkara perlu diteliti tentang penggunaan Smartboard dalam bilik darjah. Rujuk post ini



Bersediakan anda dengan Trend PdPc PAK 21 2018?

Bincangkan di 

Selamat tahun baru 2018!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terima kasih cikgu.. good info terutamanya kepada kami, bakal pendidik ni.. Hehe.. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  2. Thanks heryan...byk info dikongsikan..mohon halalkan ..saya petik info di sini utk guru di daerah kami....

    BalasPadam
  3. tq teacher for your good info...

    BalasPadam