BUAT COVER FAIL ATAU BUKU DENGAN CARA MUDAH




Salam semua. Saya ada kongsikan koleksi cover fail dan divider baru-baru ini. Anda boleh rujuk post ini: 





Namun, tahukah anda tak susah pun nak buat cover sendiri. Anda boleh cuba pelbagai perisian, online dan offline. Tapi jika anda jenis tak suka nak simpan banyak-banyak gambar dan dokumen dan nak buat sesuatu yang mudah dalam masa beberapa minit sahaja, di sini saya kongsikan cara mudah buat cover fail atau buku dengan cara mudah. Guna Google Slides dan Google Image Search je.

Antara perkara anda mesti tahu terlebih dahulu:
1. Memilih saiz cover yang sesuai (6 x 9 atau 8.5 x 11) .
2. Memilih background picture atau header/footer yang bersesuaian (freepik, shuttercock, unsplash, atau google images).
3. Memilih font yang menarik (Google Trending Fonts).
4. Menyimpan hasil editan dengan baik.

Langkah 1
Buka Google Slides. Create New Slide dan buat tetapan size 6 x 9 atau 8.5 x 11. Saya pilih 8.5 x 11. 


Langkah 2:
Buka Google Image Search dan cari gambar yang anda suka. Gunakan perkataan seperti 'free graphic design', 'colour background'. Dah pilih, copy image dan pastekan ke Google Slides tadi. 


Langkah 3:
Masukkan Word Arts. Pilih Font yang menarik daripada Google Fonts (banyak fonts anda boleh pilih. Pilih trending fonts). 


Kemudian, masukkan logo dan maklumat yang perlu. Kalau nak letak icon, boleh guna iconarchive.com. Copy je image mane-mane tak perlu save.



Langkah 4: Save as PNG atau JPG. Tadaa!!! Dah siap!


Senangkan!
1. Tak perlu guna perisian
2. Tak perlu simpan gambar banyak-banyak
3. Mungkin anda hanya perlu buka 2 laman web (google slides dan google image search)
4. Boleh simpan dan guna semula, simpan atas awan jer (cloud storage)!
5. Lebih ratusan fonts...malah fonts popular lagi.

Nak lagi jelas? tonton video ini.



Anda juga boleh dapatkan beberapa koleksi menarik di sini:

Untuk lebih perkongsian dan banyak upodates, sertai:
Untuk lebih perkongsian dan perbincangan idea pdpc pa21, sertai




Catat Ulasan

4 Ulasan