APPS UNTUK CHROMEBOOK ANDA



Bagi pengguna Chromebook, anda mungkin baru bermula untuk mengenali lebih dekat pelbagai fungsi awesome untuk chromebook anda. Sebenarnya banyak kelebihan bagi pengguna chromebook. Lebih-lebih lagi apabila fungsi Google Play Store diaktifkan. Jika tidak, gunakan Chrome Web Store untuk muat turun ratusan apps yang sangat membantu produktiviti kita. Berikut saya kongsikan beberapa app yang ada dalam Acer Chromebook R11 saya.



1. Google Home (Download)
Google Home adalah aplikasi untukc asting dan mirroring samada daripada laptop anda ke tv/projektor dengana danya Chromecast.




2. Squid (Download)
Nak something ala-ala Microsoft One Note dan fungsi lebih banyak daripada Google Keep, gunakan Squid. Anda boleh tulis, lukis, upload Pdf dan annotate, digital signature dan bermacam-macam lagi. Anda juga mudah untuk membuat peta minda kombinasi handwritten dan shapes.




3. Screencastify (Download)
Ada masanya anda perlu menunjukkan tutorial sesuatu apps. Oleh itu, anda boleh guna Screencastify. Ia dapat merekod skrin dengan mudah dan jelas. Daripada tab kepada entire screen, screencastify membantu memberikan penjelasan yang lebih baik cara mengendalikan apps/dekstop.




4. Google Photos (Download)
Siapa yang tidak kenal dengan Google Photos. Mudah dan dapat upload gambar-gambar dalam laptop anda ke Google Photos online dan boleh diakses. Nak buat slideshow?Animation?Movie? Semua boleh buat daripada Googel Photos itu sendiri. Anda boleh terus edit gambar daripada Google Photos juga. Setelah anda berpuas hati, boleh Free Up Disk Space secara percuma.




5. Files Go (Download)
Nak padam / buang beberapa fail tidak diperlukan lagi. Nak cara cepat dan tak perlu scroll ribuan fail anda, Files Go dapat batu anda. Ia akan scan laptop anda dan akan mencadangkan folder serta fail-fail untuk dibuang. Mudah!




6. GMail Offline (Download)
Jika anda banyak berurusan dengan email dan kadang-kadang internet takde atau kuota internet anda dah habis, haha, boleh buat draf email menggunakan GMail Offline dan semak email-email sebelum ini. Dah online balik nanti dia akan hantar semua email tersebut.




7. Add My Document (Download)
By default, Chromebook takde My Document atau My Computer. Yang ada hanya folder media. Anda install Add My Document untuk urus fail-fail Words atau Google Docs misalnya ke folder ini.




8. 3D PDF Viewer (Download)
3D PDF Viewer memberikan anda pengalaman membaca Pdf atau ebook yang best. Selak Pdf atau ebook tu ala-ala macam baca buku atau majalah. Cubalah sekarang.




9. Google Earth (Download)
Jelalah dunia dengan Google Earth. Bagus untuk anda survey tempat atau mendapatkan info tambahan tentang sesuatu lokasi.





10. Snapseed (Download)
Untuk editing gambar yang lebih advanced, anda boleh gunakan Snapseed.




11. Office Editing Docs, Sheets, Slides (Download)
Extension ini membantu anda edit dokumen Microsoft Office secara offline menggunakan Google App. Jadi tiada sebab untuk anda risau jika nak edit Microsoft Office documents.

Nak tahu lebih lanjut tentang Chromebook, join: t.me/chromebookmy

Nak belajar lebih lanjut tentang Google Apps, rujuk:

Nak tengok review Acer Chromebook R11? Rujuk review saya sebelum ni dan banyak lagi produk akan datang.



Catat Ulasan

0 Ulasan