PROBLEM BASED LEARNING DAN LANGKAH-LANGKAH PEMUDAHCARAAN



Problem Based Learning (PBL) adalah satu pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Satu situasi diberikan mengikut konteks murid untuk murid berbincang dan berfikir cara-cara bagaimana masalah dapat diselesaikan. PBL dapat merangsang kemahiran berfikir murid ke arah yang lebih tinggi.

Apakah ciri-ciri Problem Based Learning?
1. Beriorientasikan masalah.
2. Jalan penyelesaian adalah meluas dan mempunyai banyak 
    pilihan.
3. Konsep asas topikal digunakan ke arah mendapat 
    penyelesaian masalah.
4. Masalah adalah relevan dan logikal.


5. Mempunyai operasi atau langkah-langkah sistematik ke 
    arah penyelesaian masalah dengan pengunaan alat berfikir.


Langkah demi langkah

  1. Murid diberikan satu situasi (topic). Guru jelaskan maksud topik dan selidik kefahaman murid.
  2. Mereka perlu troubleshoot situasi itu (computational thinking). Guru meninjau tindakan murid-murid dan pilihan mereka dari segi langkah-langkah yang akan diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
  3. Mencari punca dan cadangan langkah penyelesaian (multiflowmap)  each punca atau langkah boleh guna round table atau think pair share. Guru memerhati penglibatan murid. Mengambil kira murid yang aktif dan tidak aktif serta intipati perbincangan dalam setiap kumpulan.
  4. Murid membentangkan hasil dapatan mereka. (presentation). Guru merangsang murid lain untuk memberikan pendapat. Guru memberikan feedback.


Join kami di:


PROBLEM BASED LEARNING DAN LANGKAH-LANGKAH PEMUDAHCARAAN PROBLEM BASED LEARNING DAN LANGKAH-LANGKAH PEMUDAHCARAAN Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on January 14, 2018 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.