MEREKOD PENTAKSIRAN, PENILAIAN DAN ANALISIS UJIAN




Salam semua. Sekarang ni memang musim ujian. Mungkin ada yang dah selesai pun. Ok kalau tak ujian pun, mungkin penilaian la kite panggil kan? Well, actually ini juga boleh apply kepada pentaksiran. Ada banyak cara untuk kita membuat pengiraan dan perekodan penilaian selain daripada templat rekod sedia ada. Jom kita tengok idea-idea ini.


1. ZipGrade
Zipgrade ini satu app untuk scan borang OMR jawapan murid. Kertas OMR mestilah dimuat turun daripada laman web ZipGrade. Scan kertas jawapan murid gunakan app ZipGrade. Mudah je, jimat masa jimat tenaga, siap terus dengan analisis. Rujuk post sebelum ini : Menanda Kertas Objektif Dengan Zipgrade






2. Google Sheets
Jika anda memang ada data markah dan tak suka nak guna app, bolehlah gunakan Google Sheets. Apa yang anda perlu buat, cuma senaraikan nama dan data kemudian anda klik pada butang 'Explore'. Tu dia, habis cerita siap teruih analisisnya. Xperlu hafal sebaga formula-formula. Kunjungi: sheets.google.com






3. Google Keep
Bagi yang membuat pentaksiran, ada kalanya anda nak merekod dengan cepat tanpa perlu bawa kertas ke hulu ke hilir. Gunakan Google Keep. Install dalam fon, buat checklist nama dan tick sahaja nama murid yang telah ditaksir atau telah mencapai sesuatu tahap. Mudah je. Rekod disimpan dan boleh dibuka di laman web. Data tersimpan rapi. Muat turun app, Google Keep.






Adakah anda mempunyai idea-idea lain yang mudah, kongsikan dengan kami. Untuk lebih idea dan perbincangan, join kami"


Catat Ulasan

0 Ulasan