TEKNIK PENYOALAN ASAS DALAM PDPC



Ada 5 teknik penyoalan yang asas. Teknik-teknik tersebut adalah Open & Closed, Funnel, Probing, Leading dan Rhethorical. Teknik penyoalan yang terancang dapat memberikan impak yang baik kepada Pdpc. Antara impak tersebut adalah:
  • Menguji kefahaman murid
  • Menyemak kefahaman murid
  • Membina intervensi semasa pdpc guru
  • Menentukan tahap pemnguasaan murid
  • Mengawal komunikasi murid
  • Menarik perhatian murid

Oleh itu, mari kita lihat 5 teknik penyoalan tersebut. 

Open & Closed Questions
Open & Closed Questions adalah bentuk-bentuk soalan yang bersifat untuk mendapatkan sesuatu jawapan terbuka dan tertutup. Soalan open questions sifatnya ialah yang memerlukan jawapan yang terbuka. Respon murid boleh datang dalam pelbagai jawapan atau intepretasi. Berbeza dengan itu, closed questions sifatnya tertutup dengan setiap soalan hanya ada satu jawapan yang tepat. Contoh closed questions ialah:
Apakah tajuk artikel ini?
Berapakah harga barang ini?
Open questions pula adalah:
Bagaimanakah cara untuk kita berjimat?
Apakah yang dapat kamu lihat daripada gambar ini?

Funnel Questions 
Funnel Questions adalah satu siri beberapa soalan yang bermula dengan open questions dan berakhir dengan closed questions. Ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lebih detail. Contohnya:
Apakah yang sedang berlaku?
Di manakah perkara seperti ini boleh berlaku?
Pada waktu bilakah perkara seperti ini boleh berlaku?
....
Berapakah bilangan orang yang terlibat?
Apakah anggaran usia mereka?
Apakah yang mereka pakai?
Apakah jantina mereka?
Apakah objek yang ada di sekitar tempat kejadian?
Adakah keadaan di situ agak selamat?
Apakah ciri-ciri keselamatan yang terdapat di tempat itu?

Probing
Probing Questions digunakan untuk mendapatkan jawapan yang lebih lanjut bseserta penjelasan dan punca. Contohnya:
Mengapakah hal ini berlaku?
Mengapakah kamu berpendapat, ini adalah keluarga bahagia?
Apakah yang sebenarnya berlaku dan mengapa?

Leading Questions
Leading Questions lebih bersifat bertanya untuk meyakinkan dan memujuk agar murid percaya dan yakin dengan kenyataan guru. Selalunya guru mempunyai sesuatu keputusan dan cuba untuk meyakinkan murid. Contohnya, kaedah 1 ini lebih mudah, bukan? Jawapan yang berikan oleh kumpulan 3 lebih baik dan tepat, bukan? Selalunya leading questions bukanlah untuk betul-betul bertanyakan jawapan tetapi lebih untuk membina keyakinan dan persetujuan di samping menarik kembali perhatian murid. 

Rhetorical Questions
Rhethorical Questions adalah soalan-soalan berbentuk umum yang tidak semestinya memerlukan jawapan tetapi membina persoalan di minda. Ia membina perasaan ingin tahu murid dan juga membina kesedaran tentang apa yang diajarkan. Contohnya, Jika kita sentiasa bersenam kita menjadi lebih sihat dan cergas, kan? Ia penuh dengan krim putih maka rasanya mesti manis, kan?

Open & closed, funnel dan probing digunakan secara berterusan dalam pdpc untuk mendapatkan jawapan yang selaras dan mengikut aras KBAT. Sementara itu, leading dan rhethorical pula berfungsi untuk menarik minat murid serta mendapatkan perhatian mereka. Dengan itu, teknik penyoalan mewujudkan komunikasi yang berkesan dan ia adalah tunjang utama dalam membentuk sesi pdpc guru dan murid yang lancar. 

Lihat video-video ini. Dapatkah anda kenal pasti teknik-teknik penyoalan yang digunakan?



CIKGU ZUHAIRUL NADHIRIN: Facebook



CIKGU HAINI BINTI ISMAIL: Facebook



Untuk penerangan lebih lanjut, pastikan cikgu-cikgu join group saya ya, t.me/mudahmegajar untuk lebih idea dan diskusi.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terima kasih cikgu atas perkongsian info yang sangat berguna.. saya akan mengaplikasikan kaedah penyoalan ini dalam proses PdPc.

    BalasPadam
  2. شكرا عل ىالموضوع

    BalasPadam