BENGKEL PENGAJARAN DIGITAL DI SMK DATO IBRAHIM MAJID




Pada 28 Julai yang lepas, saya telah diberi peluang untuk berkongsi beberapa apps yang menarik digunakan dalam pengajaran digital di SMK Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam. Sekolah ini diterajui oleh pengetuanya iaitu Encik NOR ALI BIN SUBANDI. Beliau adalah seorang Pengetua yang proaktif dalam mengikuti mahupun menganjurkan bengkel-bengkel seperti ini. Beliau dan anaknya sendiri pernah menghadiri Bengkel Mudah Mengajar di ICC UTM. 


Pengetua SMK Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam

Bengkel sekolah ini juga dibuka kepada semua peserta sekitar Simpang Renggam, Kluang, Pontian dan Batu Pahat. Saya sangat teruja kerana peserta begitu komited dalam mengikuti tutorial yang saya berikan. Kebanyakan peserta juga pernah mengikuti bengkel-bengkel saya sebelum ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Fokus bengkel adalah lebih kepada apa yang boleh guru gunakan untuk mengajar. 






Antaranya ialah Whiteboard Digital oleh Google yang dikenali sebagai Jamboard. Guru mempraktikkan Jamboard hanya dengan Lenovo Tab mereka sahaja. Pelbagai hasil menarik telah dihasilkan. Sepanjang bengkel, mereka begitu khusyuk sehinggakan tidak sedar gambar-gambar mereka sedang diambil. Akhir sekali guru-guru dapat melihat bagaimana aplikasi-aplikasi seperti Youtube dan Google Sheets dapat digunakan untuk pembelajaran yang aktif. 









Bengkel berakhir sekitar pukul 1.00 tengah hari. Semoga dengan ini, ilmu yang digali dipraktikkan dan diperluaskan kepada rakan-rakan. Lebih banyak kita berkongsi lebih banyak berkat yang kita terima. 






Catat Ulasan

0 Ulasan