Terdapat banyak aktiviti PAK21 di luar sana. Daripada BPSH dan KPM melalui KIT PAK21 telah menggariskan 5 aktiviti asas dan disarankan sebagai aktiviti PAK21. Lazimnya Aktiviti PAK21 memenuhi kriteria 4K 1N iaitu komunikatif, kolaboratif, kritis, kreatif dan ada unsur nilai (RUJUK: 4K 1N Keperluan Murid Abad Ke 21). Cikgu-cikgu boleh buat rujukan di sini.
THINK PAIR SHARE
APA
Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan berkongsi dengan pasangan.
TUJUAN
- Menyelesai masalah
- Menjana idea
- Kerjasama
- Semangat kerja sepasukan
ROUND TABLE
APA
Murid mencatat satu idea secara bergilir berdasarkan tajuk yang diberi.
TUJUAN
- Menjana idea
- Memberi pandangan dan cadangan
- Perkongsian maklumat
- Menyemak kerja rakan
- Menggalak pemikiran kreatif
GALLERY WALK
APA
Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain. Ulasan/pandangan ditulis di atas "sticky note".
TUJUAN
- Perbincangan
- Menggalak pemikiran kritis dan
- Menyuara& menghargai pandangan
- Semangat kerja sepasukan
HOT SEAT
APA
Seorang murid duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi "pakar" atau "watak" serta menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lairn.
TUJUAN
- Meniana idea
- Menyenarai kosa kata
- Menyemak kerja rakan
- Pembelajaran koperatif
STAY STRAY
APA
Kaedah pembentangan dalam kumpulan kecil. Seorang ahli kumpulan ditugas memberi penerangan, manakala, ahli lain bergerak untuk melihat atau menyoal hasil kumpulan lain.
TUJUAN
- Kemahiran komunikasi - pembentangan dan
- menggalak pemikiran kritis dan kreatif
- Menyuara & menghargai pandangan
- Menggalakkan kerja berpasukan
Join kami:
2 Ulasan
Great
BalasPadamThanks
Padam