AKTIVITI SUMBANG SARAN DALAM BILIK DARJAH




Aktiviti sumbangsaran merupakan asas penting dalam mengalu-alukan penglibatan aktif murid di dalam kelas. Seringkali berlaku, sumbangsaran berlaku hanya secara lisan. Dengan itu, tidak semua bersedia untuk menyuarakan idea mereka. Hal ini sebab:
  • tiada rangsangan.
  • bersifat individual dan boleh menunjukkan tahap kepintaran murid.
  • gentar diejek rakan.
  • persepsi tidak menjadi masalah pun jika tidak menyumbangkan apa-apa idea.


Oleh itu, beberapa perkara perlu ditambahbaik dalam aktiviti sumbangsaran
  • murid boleh berbincang untuk menetapkan idea mereka masing-masing.
  • rakan-rakan boleh menambah baik idea yang diutarakan.
  • penghargaan idea-idea murid sebagai idea bersama.
  • semua murid dilibatkan dalam menyumbang idea.


Di sini dikongsikan beberapa idea sumbangsaran yang boleh memenuhi kriteria di atas. 

AKTIVITI
1. One Word
Murid diberikan satu tajuk dan mereka perlu mencari satu perkataan yang boleh dikaitkan dengan tajuk yang diberi.

2. Google Docs Collaboration
Guru membuat satu dokumen Google Docs dengan satu soalan. Link dokumen diberikan kepada murid. Murid-murid taip satu idea/jawapan kepada soalan itu. Untuk mengetahui panduan untuk Google Docs Collaboration, rujuk t.me/mudahgoogle.
Image result for JOIN BUTTON
3. What if/Bagaimana jika?
Guru ajukan satu soalan tentang kemungkinan sesuatu akan berlaku. Murid boleh jawab secara lisan atau tuliskan dahulu dan kemudian mereka kongsikan.

4. Concept Maps
Dalam kumpulan, murid-murid membuat satu peta konsep berkaitan tajuk atau soalan yang guru berikan.

5. Google Keep Notes
Guru menjemput semua murid untuk berkolaboratif dalam Nota Google Keep Notes. Untuk panduan, sertai t.me/mudahgoogle.
Image result for JOIN BUTTON
6. Jamboard
Guru menyiapkan satu papan Jam. Kemudian guru berikan link dan semua murid berkolaboratif mengisi papan Jam tersebut dengan idea mereka. Murid boleh tulis, taip, lukis dan masukkan gambar. 

7. Padlet
Murid menaip idea mereka atau memasukkan bahan media atau web ke lama Padlet yang guru berikan.

8. Wall Widget Frog VLE
Semudah memasukkan widgets dalam laman Frog VLE. Guru berikan ruang untuk murid berikan idea pada tab Set Induksi untuk sesuatu tajuk.

9. Round Table
Murid diberikan kertas. Soalan atau tajuk diberikan dan murid menulis idea mereka di atas sekeping kertas dan serahkan kertas kepada orang seterusnya dalam kumpulan.

10. Post It Notes.
Dengan Sticky Notes, murid diberikan sehelai seorang, mereka tulis idea dan kemudian menampalnya di papan putih. Guru kemudiannya membacakan idea-idea murid tadi.

11. Entry Ticket
Murid diberikan sticky notes. Mereka menyatakan perkara yang mereka ingin tahu daripada tajuk atau kenyataan yang diberikan. Guru menjual beli soalan kepada murid yang berminat untuk tahu.

12. Buzz Session
Setiap kumpulan diberikan satu tajuk atau soalan berbeza. Setiap kumpulan diberikan had masa tertentu dan mereka mencari jawapan/idea kepada soalan atau tajuk itu. Kemudian mereka kongsikan kepada kelas.

13. Word Clouds
Menggunakan aplikasi seperti Word Cloud Maker dan Mentimeter, murid menaip perkataan-perkataan yang mereka fikirkan dan guru kemudian membincangkannya bersama murid-murid.

14. The Perfect Card
Satu soalan atau tajuk diberikan. Setiap kumpulan diberikan satu kad. Setiap individu dalam kumpulan menulis satu idea dan orang seterusnya boleh menambah idea baru, memperbaiki atau mempersoal idea yang ada. Kemudian hasilnya akan dibentangkan kepada kelas. 

Good Luck!
Untuk lebih perkongsian, join:

Catat Ulasan

0 Ulasan