KONSEP 5E DALAM PEMBELAJARAN


5E adalah satu model instruksional dalam pembelajaran yang berdasarkan pendekatan konstruktivisme. Model ini membantu menghasilkan satu pembelajaran berkesan dalam menjana pemikiran aras tinggi murid. 5E tersebut adalah 5 kata kerja ; Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate. Mari kita lihat apakah pengertian dan kelebihan setiap 5 E itu.


Engange (Melibatkan)
- Murid membina pemahaman asas terhadap aktiviti.
- Perasan ingin tahu dirangsang dengan murid berkongsi apa yang mereka tahu.
- Minat dan fokus dibina dengan aktiviti menarik dan rangsangan minda seperti kuiz, video, gambar, lagu dan sebagainya.
- Murid juga dapat melihat model atau contoh agar mereka sedar apa yang hendak dipelajari.

Explore (Meneroka)
- Murid meneroka dan mencari maklumat
- Murid mencuba pelbagai cara untuk menghasilkan sesuatu
- Murid menguji kefahaman dan aplikasi pengetahuan mereka.

Explain (Menerangkan)
- Murid menerangkan sesuatu konsep atau membuat aplikasi secara praktikal
- Murid juga boleh menghasilkan pembentangan dalam pelbagai bentuk untuk menyampaikan idea dan pemahaman mereka.

Elaborate (Menghuraikan)
- Murid boleh membuat pembentangan di hadapan kelas.
- Murid melatih diri mereka untuk menjelaskan dan menghuraikan pembentangan mereka kepada rakan-rakan.
- Murid mengaitkan aktiviti mereka keadaan situasi masa kini.

Evaluate (Menilai)
- Murid menilai dengan berdialog, bersoal jawab serta membuat refleksi.
- Murid mengenalpasti penambahbaikan serta mengeluarkan pendapat.
- Guru bantu untuk memberikan penilaian dan peneguhan posiftif kepada murid.

Apakah kebaikan konsep 5e ini:
  • Membina pemikiran aras tinggi murid.
  • Murid belajar secara kendiri dengan sokongan yang minimal daripada guru.
  • Murid lebih masa untuk meneroka dan berkolaboratif berbanding penghafalan semata-mata.
  • Murid dapat melakukan aktiviti secara hands on.
  • Murid meningkatkan kemahiran komunikasi mereka
  • Selari dengan konsep 4K 1N PAK21.
Lihat video rujukan di sini.



Join kami:




Catat Ulasan

0 Ulasan