ATASI MASALAH MURID TIDAK MAHU JAWAB SOALAN



Ramai guru menghadapi situasi mencabar yang maan murid tidak memberikan sebarang respon apabila di soal. Mengapa dan kenapa? Cari punca dan inshaAllah akan jumpa jalan penyelesaiannya. Berikut adalah beberapa sebab dan cara untuk mengatasinya. 


1. Tidak faham soalan. Apabila murid tidak memahami soalan jadi murid sukar untuk respon. Atasi dengan:
  • Ubahsuai soalan atau permudahkan.
  • Gariskan kata kunci.
  • Berikan clue atau pembayang.
  • Iringkan dengan bahan media.
  • Jika perlu, tulis dan paaprkan soalan supaya murid dapat fokus kepada maksud soalan.
2. Tiada keyakinan. Atasi dengan:
  • Berikan pujian.
  • Berikan peluang menjawab secara berkumpulan dan berperingkat secara individu.
3. Takut salah. Atasi dengan:
  • Beri pujian dan dan terima jawapan jika berasas.
  • Ada markah kerana cuba menjawab.
4. Malu dengan rakan. Atasi dengan:
  • Beri peluang sama rata.
  • Minta rakan lain ulang jawapan.
5. Tiada beza jawab atau tidak. Atasi dengan:
  • Perlu konsisten dalam memberikan ganjaran kepada murid.
  • Sekurang-kurangnya ada pujian dan penghargaan.
6. Bosan. Atasi dengan:
  • Sesi soal jawab perlu pelbagai suasana contohnya dalam bentuk Pop Quiz, Quizizz, Open Cards dan sebagainya.
7. Rasa dipaksa dan terpaksa. Atasi dengan:
  • Nyatakan kenapa perlu cikgu menyoal dan murid menjawab: guru ingin tahu sejauh mana murid faham, soal jawab jadi petanda samada boleh atau tidak ke tajuk seterusnya dan sebagainya.
  • Buat soalan dalam bentuk gamifikasi jadi murid ada sebab untuk terus menjawab.
8. Tidak mahir untuk respon dalam bentuk yang diminta. Atasi dengan:
  • Pelbagaikan bentuk respon; lisan, bertulis dan perbuatan.
9. Batasan kemahiran berbahasa. Atasi dengan:
  • Beri peluang murid menjawab dalam bentuk kata kunci atau beri masa untuk drafkan jawapan.
  • Echo dan beri klu perkataan seterusnya kepada murid.




Sekitar Bengkel PBD & Mudah Mengajar di SRITI DA, Alor Setar, Kedah.



Untuk lebih perbincangan, join 

Catat Ulasan

0 Ulasan