CONTENG-CONTENG DIGITAL TANPA PERLU MUAT TURUN APPS (OFFLINE)



Chrome Canvas adalah satu fitur built-in dalam pelayar internet Chrome. Pelayar internet Chrome dibangunkan oleh Google. Tidak ramai yang tahu bahawa ia bolek diakses secara offline. Syaratnya, anda perlu menggunakan telefon pintar Android atau pelayar internet Chrome dalam Chromebook sahaja. Jika anda mahu menggunakan digital ink pada peranti YES, Tablet Lenovo atau Chromebook anda, hal ini adalah berita baik bagi anda kerana anda tidak perlu memasang aplikasi tambahan untuk menconteng secara digital. Hanya gunakan fitur tersedia ada dalam pelayar internet Chrome ini. 

1. Layari canvas.apps.chrome. Kemudian log in. Pastikan ada sambungan internet untuk first time log in. Selepas anda berjaya ke homepage, anda sudah boleh gunakan aplikasi ini dengan melayari alamat URL di atas walaupun secara offline.


2. Klik pada New drawing. Teruskan melukis dan menulis.


3. Untuk menconteng pada gambar, klik Home button.


4. Klik pada New from image. 


5. Pilih image berkaitan.


6. Mula mencontent.


7. Semua hasil contengan anda terpapar di sini dan disimpan secara cloud.



Untuk lebih perkongsian digital dan PAK21, sertai
 t.me/mudahmengajar


Catat Ulasan

0 Ulasan