Learning Walks: Satu Kaedah Menambah Idea PdPc dan Refleksi



Learning Walks adalah salah satu cabang PLC. Aktiviti ini dijalankan dengan beberapa orang guru pergi ke beberapa buah kelas dan mencatat perkara baik dan langkah penambahbaikan. Catatan dibuat pada sehelai kertas dan biasanya mempunyai soalan fokus. Ia dijalankan pada satu waktu yang khas masa persekolahan. Setelah selesai, satu sesi perbincangan dibuat bagi bertukar-tukar idea dan membuat refleksi.

Kaedah : Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Guru-guru masuk ke dalam kelas dan berada di  belakang.
Tempoh masa : Tidak lebih dari 5 minit untuk satu kelas (fleksibel).
Bahan : Borang pemerhatian (Boleh gunakan Google Form)

Learning Walks Daripada Pentadbir

Salah satu perkara dalam TS25 ialah pihak pentadbir sekolah menjalankan Learning Walks. Learning Walks membantu pihak pentadbir mengenal pasti punca bagi sesuatu isu dan datang dengan intervensi khusus. Pemimpin pertengahan atau middle leaders juga menjalankan Learning Walks untuk mengenal pasti punca dan inetrvensi isu dalam panitia. Dari manakah untuk pihak pentabir dan pemimpin pertengahan boleh mengetahui apakah isu yang berlaku? Ada 3 sumber isu dalam subjek atau panitia.
  1. Headcount murid
  2. Buku latihan murid
  3. SKPMg2
Setelah 3 sumber ini dikenalpasti dan ada isu keputusan murid merudum, latihan yang kurang atau markah pencerapan guru yang rendah, maka Learning Walks dijalankan untuk mengenal pasti puncanya. Kelebihan Learning Walks ialah pemerhatian boleh dibuat secara terus dalam kelas. 


Salah faham tentang Learning Walks:
1. Bertujuan mencari kesalahan guru.
2. Menyiasat gerak kerja guru.
3. Memakan masa dan menambah beban kerja

Yang sebenar tentang Learning Walks:
1. Menjana idea bagi membantu guru. Boleh jadi isu berlaku atas hal logistik dan bukan kemahiran PdPc guru.
2. Refleksi kepada orang yang menjalankan Learning Walks.
3. Diadakan secara berkala dan tidak kerap. Data didapatkan dengan Google Form sahaja. 

Tonton video ini:


courtesy: Edutopia

Mahu lebih perbincangan?, join:
t.me/mudahmengajar




Catat Ulasan

0 Ulasan