MENGENALI PRODUK TIRUAN ATAU GAJET TIDAK BERKUALITI



Sebelum cikgu membeli sesuatu produk, pastikan produk itu tulen dan berkualiti. Mengapa kita perlu memberli barang tulen dan berkualiti? Supaya kita membeli barang yang berbaloi dengan harga yang kita bayar. Di samping itu, hal ini menjauhkan kita daripada menjadi penyumbang kepada industri barangan tiruan dan ciplak. Kita perlu banyak merujuk dan bertanya. Mengikut pengalaman saya, ini adalah antara cara saya memastikan bahawa produk yang dibeli itu tulen dan berkualiti.
.
1. Ejaan dan bahasa
Pastikan ejaan nama produk adalah masuk akal dan tidak datang dengan ejaan yang pelik. Di samping itu, penerangannya haruslah dalam laras bahasa yang mudah difahami dan tidak tunggang-langgang.

2. Harga
Jika anda melayari Lazada atau Shopee, pastikan pilihan harga adalah yang tidak terlalu jauh dengan harga asal atau retail. Perbezaan ketara adalah sepeti yang di kedai RM699 tetapi di laman sesawang RM50 sahaja. Besar kemungkinan barang itu adalah tiruan.

3. Gambar
Gambar juga memainkan peranan. Gambar mestilah jelas dan produk dalam poster sama dengan produk yang dijual.

4. Review
Sebaiknya rujuk review daripada pelbagai sumber. Antaranya ialah shopper review di Shopee atau Lazada. Di samping itu, lihat jika produk ini ada direview oleh mana-mana Youtuber. Jika tiada pihak yang membuat video review produk tersebut, besar kemungkinan ianya tidak berkualiti.

6. Tidak dijual di tempat-tempat utama
Jika anda tidak pernah melihat produk ini dijual di tempat-tempat lain atau pusat membeli belah ternama, maka mungkin ia produk bukan komersil dan adalah tiruan.

7. Tiada laman web rasmi
Selain daripada maklumat daripada laman pembelian, adalah perlu ada laman sesawang produk untuk rujukan pembeli serta mendapatkan tutorial. Jika tiada, anda berisiko untuk membeli produk tiruan dan tidak berkualiti.

8. Tempoh Jaminan
Kenalpasti jaminan. Kebanyakan barang elektrik dan gajet mempunyai jaminan minima setahun. Jika kurang daripada itu, mungkin anda tidak perlu membeli produk ini.


Join t.me/mudahmengajar


Catat Ulasan

0 Ulasan