PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH GOOGLE CLASSROOM (2019) BERSERTA VIDEO



Google Classroom menjadi semakin mudah dengan adanya beberapa fitur istimewa yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran abad ke 21. Pelantar pembelajaran ini juga memangkin komunikasi berkesan antara guru dan murid kerana mengutamakan pengajaran dan pembelajaran terbeza serta pembelajaran berbalik. Apakah kelebihan-kelebihan itu?

A: Daftar Kelas
1. Taip classroom.google.com
2. Log masuk dengan akaun gmail anda.
3. Klik pada simbol +. Pilih Create class.
4. Namakan kelas anda. Boleh nyatakan dengan spesifik nama seksyen, bilik jika perlu.
5. Pilih create dan tunggu sebentar sehingga kelas anda didaftarkan.


B: UBAHSUAI KELAS
1. Lihat kelas anda.
2. Ubahsuai tema mengikut pilihan yang ada.
3. Pastikan kod kelas ada tertera.



C: DAFTAR MURID
1. Murid layari classroom.google.com.
2. Murid klik pada Join Class.
3. Murid masukkan kod kelas. Guru paparkan kod kelas kepada murid.
4. Guru menyemak nama murid di bahagian tab 'People'.
5. Guru juga boleh mendaftarkan murid dengan butang 'Add Students' dengan memasukkan alamat email murid.


D: MEMBERI TUGASAN
1. Klik pada bahagian 'tab' 'Classwork'.
2. Pilih 'Assignment'.
3. Namakan tugasan, taipkan arahan, masukkan sebarang pautan atau bahan tambahan. Kemudian pilih kepada siapa tugasan ini diberikan. Setkan tempoh masa dan tarikh akhir.
4. Klik 'Assign'.
5. Lihat tugasan.
6. Lihat kalendar dan senarai tugasan murid dalam folder Google Drive.


E: MEMBERI TUGASAN DENGAN SATU TEMPLATE SERAGAM
1. Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada 'Create' dan pilih 'Assignment'.
3. Taipkan nama tugasan, maklumat lanjut.
4. Buka 'tab' baru pada pelayar internet anda.
5. Taipkan docs.google.com. Pastikan anda log masuk dengan akaun gmail yang sama.
6. Buat dokumen baru beserta soalan.
7. Kembali kepada 'pop up' tugasan itu tadi.
8. Tetapkan untuk 'Make a copy for each student'.
9. Klik 'Assign'.


F: PENANDAAN
Menanda menerusi laman web
1. Buka tugasan.
2. Lihat senarai 'Assigned' (Sudah diberikan), 'Turned In' (Sudah menghantar) dan 'Graded' (Sudah ditanda dan diberi markah).
3. Pilih seorang murid, klik dan lihat kertas jawapannnya.
4. Guru berikan komen dan markah.
5. 'Return' (Pulangkan).
6. Tatal ke bawah untuk skrip jawapan murid yang lain pula. Berikan markah dan komen jika perlu.
7. Kembali kepada muka asal tugasan, semak bilangan dan kumpulan 'Assigned', 'Turned In' dan 'Graded'.

Menanda menerusi aplikasi telefon pintar / tablet
1. Buka tugasan.
2. Lihat senarai 'Assigned' (Sudah diberikan), 'Turned In' (Sudah menghantar) dan 'Graded' (Sudah ditanda dan diberi markah).
3. Pilih seorang murid, klik dan lihat kertas jawapannnya.
4. 'Tap' (sentuh) pada ikon pen.
5. Mula menanda dengan pen stylus atau jari.
6. Sentuh pada 'Save'.
7. Berikan markah dan tinggalkan komen.
8. Sentuh pada 'Return'.
Tugasan yang sudah ditanda dikembalikan kepada murid dalam bentuk .pdf dan bertajuk Edited.


G: REKOD MURID
1. Klik pada 'tab' 'People'.
2. Pilih mana-mana murid.
3. Lihat rekod tugasan yang pernah diberikan kepada murid.
4. Gunakan filter untuk memudahkan rekod tugasan murid.


H: BAHAN RUJUKAN
1. Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada butang 'Create'.
3. Pilih 'Material'.
4. Berikan tajuk, maklumat dan kemudian klik 'Post'.


I: PENTAKSIRAN/PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
1. Klik pada 'tab' 'Grades'.
2. Tatal ke bawah. Lihat rekod markah murid secara melintang.


J: PENGAJARAN BERSAMA (CO-TEACHING)
1. Klik pada 'tab' 'People'.
2. Pada bahagian 'Teachers', klik pada ikon orang.
3. Masukkan email guru tambahan. Guru tambahan tersebut akan menerima email jemputan.


K: GUNA SEMULA HANTARAN (REUSE POST)
1. Pada 'tab' 'Stream', cari ikon 'recycle'.
2. Klik dan pilih mana-mana hantaran (post) walaupun daripada kelas berlainan.
3. Klik 'Post'.


L: PEMBELAJARAN TERBEZA
1.Klik pada 'tab' 'Classwork'.
2. Klik pada butang 'Create'. Pilih 'Assignment'.
3. Taipkan tajuk dan deskripsi tugasan. Pilih murid yang difikirkan akan menerima tugasan ini atas dasar tahap keupayaan pembelajaran terbeza.
4. Klik 'Post'.


M: DIARI GURU
1. Klik pada palang menu (Menu Bar).
2. Klik pada bahagian 'Teaching', 'To-Do'.
3. Lihat Bahagian 'To-review' (untuk ditanda) dan 'Reviewed' (sudah ditanda sepenuhnya).


N: DIARI MURID
1. Klik pada palang menu (Menu Bar).
2. Klik pada bahagian 'Enrolled' dan 'To-Do'.
3. Lihat Bahagian 'To-do' dan 'Done'.


O: PEMILIHAN MURID (ANDROID & CHROMEBOOK SAHAJA)
1. Lancarkan aplikasi Google Classroom dalam telefon pintar, tablet atau chromebook anda.
2. Pilih kelas yang berkenaan.
3. Klik bahagian 'tab' 'People'.
4. Cari ikon 'Students Selector'. Sentuh (tap).
5. Klik butang 'Next'.
6. Klik pada butang-butang yang berkaitan.



Mudah kan..
Jom join 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. * AMAT MEMBANTU
    * RINGKAS TETAPI MUDAH UNTUK DIFAHAM.

    BalasPadam
  2. MACAMANA CARA NAK KIRA GRADE SKOR/MARKAH PELAJAR

    BalasPadam
  3. Macam mana nak masukkan 2 sekolah...

    BalasPadam
  4. Mcm Mana Cara nak joint Kelas yg Kita tonton di youtube

    BalasPadam
  5. Salam..cikgu
    Mengapa Google doc. X bole buka dlm android?

    BalasPadam
  6. Tuan, mcm mana nak buat sekiranya pelajar guna gmail untuk saya invite dalam gc yg menggunakan tapak moe??

    BalasPadam
  7. macam mana cara nak mengajar menggunakan pembelajaran abad ke 21 dalam google classroom?

    BalasPadam
  8. terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  9. Cikgu kalau missing tab di paparan murid bermaksud apa ya?

    BalasPadam