MEMOTIVASIKAN MURID MENGGUNAKAN ICT


Pada kebanyakan situasi, guru bersemangat untuk menggunakan ICT dalam PdPc. Malangnya, murid pula tidak bersedia untuk menggunakan ICT untuk belajar. Murid tidak memberikan kerjasama. Hal ini menyukarkan guru sehingga banyak mengambil masa dan merencatkan perjalanan PdPc. Apakah punca murid tidak selesa untuk menggunakan ICT?

Antara puncanya adalah:
  • Murid tidak pernah menggunakan apps, perisian atau laman web yang digunakan
  • Navigasi dan layout yang agak sukar difahami
  • Masalah teknikal pada peranti
  • Sambungan internet yang tidak stabil
  • Penggunaan ICT secara pasif dna tiada komunikasi
  • Bilangan peranti yang terhad
Semua yang dinyatakan di atas adalah secara umum. Tidak semua ini merupakan punca murid tidak mahu menggunakan ICT dalam kelas. Apa yang penting sekarang ialah, apakah peranan guru untuk mengatasi masalah ini. Guru hendaklah:
  • Menggunakan aplikasi, perisian atau apps yang mudah. Mulakan dengan aplikasi daripada laman web kerana antaramukanya lebih mudah difahami. Rujuk t.me/mudahmengajar untuk senarai aplikasi
  • Bagi murid yang kurang mahir atau tidak biasa, biasakan dengan cara navigasi yang mudah. Contohnya memasukka alamat pada alamat URL. Jika terlalu panjang, gunakan link shortener seperti gg.gg/ . Jika murid menggunakan telefon pintar, gunakan QR Kod. Jika mereka ada dalam Whatsapp group, berikan link sahaja.
  • Ajar murid perkara asas seperti apa itu:
    • alamat url
    • QR Code
    • Kod akses
    • pelayar internet
    • dan apa sahaja yang difikrikan bersesuaian
  • Gunakan peranti yang berada dalam keadaan baik. Jika bilangannya tidak banyak, boleh cuba untuk mengamalkan Blended Learning yang mana murid boleh berkongsi peranti, contohnya 1 peranti 3 atau 4 orang murid. 
  • Pastikan murid ada interaksi dengan bahan ICT. Jika ianya adalah gambar, berikan tugasan spesifik apa yang murid perlu buat dengan gambar itu. Mungkin membuat catatan, persepsi atau karangan. 
  • Bantu murid menggunakan alatan dan peranti. Pantau dan selia.
  • Jadikan amalan menggunakan ICT dalam PdPc seminggu sekali walaupun sekadar untuk bermain Quizizz dan menonton youtube.




Catat Ulasan

0 Ulasan