MENGAJAR MENGGUNAKAN DAN MEMANFAATKAN SURAT KHABAR


Surat khabar adalah sumber pengetahuan yang sangat penting. Ia bukan sahaja penuh dengan maklumat terkini dan umum, malah amalan penggunaan bahasa yang baik. Di samping itu, ia juga menjadi sumber untuk pelbagai aktiviti yang kreatif dan menarik. Kita boleh membina kemahiran berbahasa yang baik dan menjana daya kreativiti serta KBAT murid. Kita boleh cuba beberapa aktiviti yang saya kongsikan ini.


1. Mengenal Bahagian Tertentu dalam Surat Khabar
Guru boleh menerangkan kepada murid tentant bahagian tertentu dalam surat khabar seperti Featured (Khas), Editorial, Berita Umum dan sebagainya dan meminta murid mencari contoh-contoh berita berkaitan dengan bahagian surat khabat tertentu. 


2. Mencari Perkataan Tersembunyi
Murid diberikan beberapa perkataan tertentu dan mereka perlu mencari perkataan-perkataan tersebut dalam surat khabar.

3. Membina Cerita yang Baru Berdasarkan Gambar 
Murid diberikan beberapa kategori seperti haiwan, manusia, objek, tempat dan sebagainya dan mereka perlu mencari satu gambar bagi setiap kategori. Kemudia mereka perlu membina cerita berdasarkan gambar-gambar yang mereka temui.

4. Membina Tajuk Berita yang Baru Berdasarkan Perkataan
Sama seperti di atas, murid perlu mencari satu perkataan bagi setiap kategori dan membina satu ayat daripada perkataan-perkataan tersebut. Murid boleh menambah perkataan bagi melengkapkan ayat tetapi perlu seminima mungkin.

5. Membina Poster
Murid menggunakan pelbagai sumber gambar dalam surat khabar dan membina poster yang menarik. 

6. Membuat Ranking Artikel/Berita Paling Menarik
Murid mencari beberapa artikel atau berita dan mereka menyusun senarai tajuk berita mengikut ranking mereka sendiri. Murid perlu menyatakan sebab mereka menyusun ranking sebegitu.

7. Membuat Ringkasan Berita Secara Live
Murid ditugaskan untuk membuat rumusan tajuk berita utama dan menyampaikannya dalam bentuk audio atau video. Penyampaian terbaik akan diberikan hadiah.

8. Membina Glosari
Murid mendapatkan sekurang-kurangnya 10 perkataan penting atau yang tidak mereka ketahui maksudnya dan membina glosari untuk rujukan rakan-rakan sekelas. 

Jangan bazirkan surat khabar di sekolah!

Join:

Catat Ulasan

0 Ulasan