Pineapple Chart adalah satu carta khas yang dibuat untuk memberi ruang kepada guru-guru berkongsi idea PdPc. Satu carta berisi hari dan masa disediakan. Guru-guru meletakkan nama dan tajuk / perkara yang akan dibuat dalam PdPc. Dengan meletakkan butiran tersebut, guru-guru mempelawa guru-guru lain untuk datang dan berkunjung ke dalam kelas.
Mengapa Nenas?
Hal ini kerana buah nenas dahulunya dikenali sebagai buah yang agak mahal untuk didapatkan. Oleh itu, apabila carta nanas ini dibuat, ia seolah-olah menunjukkan guru-guru menjemput guru-guru lain menikmati sesuatu yang penting dan bermakna dengan hati yang terbuka. Menarik kan?
Di manakah letaknya carta ini?
Ia sesuai diletakkan di kawasan utama dan mudah dilihat. Contohnya pintu depan masuk pejabat, lobi ataupun bilik guru.
Apa yang akan berlaku?
Guru-guru lain akan memilih kelas yang mereka mahu kunjungi. Guru yang dikunjungi mungkin akan menggunakan kaedah baru atau mendemostrasi sesuatu konsep dalam PdPc. Dalam erti kata lain, hal ini sudah jadi mcm PLC.
Apa persediaan yang perlu ada?
Guru yang menjalankan PdPc tidak perlu menyediakan sebarang dokumen atau bahan bertulis untuk para pengunjung. Guru-guru yang bertandang pula hanya perlu hadir secara tidak formal. Malah mereka boleh buat apa sahaja seperti tulis nota, buat kerja masing-masing dan apa sahaja asalkan tidak menggangu guru yang mengajar.
Bagaimana dengan tindak susul seterusnya?
Guru-guru boleh berkongsi pemerhatian mereka melalui PLC dan LDP. Malah ia boleh diteruskan sebagai kunjung balas yang mana guru yang telah berkunjung tadi pergi pula untuk membuat kaedah yang sama yang dipelajari daripada guru lain tadi.
Mengapa Pienapple Chart ini menjadi di kebanyakan sekolah?
1. Tidak Formal
- Hal ini menjadikan guru-guru kurang merasa terbeban dengan aktiviti ini. Ia bersifat lebih kepada 'friendly visit' sesama guru.
2. Ada perkongsian
- Dengan adanya perkongsian, apa yang dipelajari tidak sekadar untuk pemerhatian sahaja tetapi diamal dan dikongsikan.
3. Tiada dokumentasi
- Dokumentasi boleh menjadi beban. Guru-guru menjadi terpaksa untuk menyediakan laporan.
4. Bukan 'observation'
- Walaupun ia satu pemerhatian tetapi bukan 'observation' kerana tiada dokumen untu ditanda ataupun borang pemerhatian yang perlu diisi. Ia lebih kepada untuk guru lain belajar sesuatu melalui pemerhatian.
5. Sokongan pentadbir
- Pentadbir memberi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam proses ini.
6. Bermula dengan GC (Guru Cemerlang)
- Umum mengetahui, GC adalah guru-guru yang terbukti memlikik kemahiran tinggi dalam PdPc, oleh itu mereka boleh dijadikan barisan pertama yang akan menawarkan kelas mereka untuk dikunjungi. Lama-kelamaan guru-guru lain juga akan mengikut jejak langkah mereka.
7. Tiada penetapan masa
- Guru-guru yang datang tidak perlu duduk dalam kelas terlalu lama. Mereka boleh hanya duduk seringkas 5 minit atau 10 minit bergantung kepada aspek mana dalam PdPc itu yang ingin mereka lihat. Mungkin penggunaan sesuatu apps Edu, kaedah makmal, teknik penyoalan dan sebagainya.
Untuk lebih perkongsia, join:
t.me/mudahmengajar
t.me/mudahmengajar
0 Ulasan