EXIT TICKET



Aktiviti penutup dalam PdPc adalah satu fasa yang mana guru akan meninggalkan murid dengan sesuatu untuk difikirkan, merancang untuk tindak susul dan emmbuat refleksi. Pada peringkat ini, penilaian tidak lagi berlaku. Sebaliknya, murid hanya menilai diri sendiri sejauh mana mereka memahami tajuk dan mengenal kekuatan dan kelemahan dalam mempelajari tajuk atau topik pada hari tersebut. Apabila perlu membuat refleksi, tidaklah bermaksud murid perlu buat karangan. Murid boleh buat aktiviti semudah melakar tahap kefahaman mereka, meletakkan nombor nilai tahap kefahaman mereka atau sekadar menulis apa yang mereka faham atau tidak faham. Slot Exit Ticket dibuat pada fasa penutup PdPc lebih kurang antara 5-7 minit terakhir.

Aktiviti sebegini dipanggil Exit Ticket.

Apakah itu Exit Ticket?
Exit Ticket adalah satu alat untuk murid mengukur kefahaman mereka. Guru boleh menetapkan bentuk maklum balas yang perlu murid buat. Mungkin soalan ringkas, ayat-ayat mudah atau nilai tahap kefahaman. Guru juga boleh buat kuiz mudah. Namun Pentaksiran Bilik Darjah guru tidak boleh bersumberkan ini. Sepatutnta Exit Ticket hanyalah bersifat retorik iaitu hanya untuk membangkitkan persoalan kendiri kepada murid itu sendiri.

Bentuk soalan-soalan Exit Tickets
Guru-guru boleh cuba soalan seperti:
1. Kuiz.
2. Apakah yang paling kamu suka tentang topik hari ini? Apakah yang paling kamu tidak suka?
3. Nyatakan 3 perkara penting daripada topik ini?
4. Apakah satu perkara yang ingin kamu mahu tahu lebih lanjut?
5. Bagaimanakah kamu akan gunakan pelajaran hari ini dalam kehidupan seharian kamu?
6. Apakah yang kamu masih belum faham?
...dan bermacam-macam lagi.

Bagi murid lemah, guru boleh buat soalan dengan memerlukan makluma balas dalam bentu seperti menanda pada emoji berkenaan, melakar graf dan sebagainya.

Kebaikan Exit Ticket
1. Murid lebih peka dengan cara mereka belajar.
2. Murid memberi perhatian kepada apa yang mereka perlu kuasai.
3. Murid mengambil penting apa yang mereka pelajari pada hari tersebut.
4. Membuka ruang kepada guru untuk mendapatkan maklum balas daripada murid dengan lebih terbuka.
5. Guru dapat mengenal cara murid belajar dengan lebih baik.
6. Memudahkan guru dalam menilai murid secara keseluruhannya. Membantu dalam pertimbangan profesional guru walaupun secara tidak langsung sebagai markah untuk Pentaksiran Bilik Darjah.
7. Memberi ruang kepada murid pendiam.
8. Melatih murid terbuka dalam memberi pendapat dan membuat refleksi kendiri.

Apa patut buat dengan kertas Exit Ticket Murid?
1. Guru boleh tampal di dinding jika nama tidak diminta untuk ditulis pada kertas.
2. Di simpan untuk rujukan.
3. Murid simpan sendiri tetapi guru perlu melihat satu persatu setiap murid.

Begitulah sebenarnya buat Exit Ticket. Sangat membantu dan santai. Baik untuk murid dan baik untuk guru.

Adakah anda pernah buat aktiviti Exit Ticket ini? Mahu kongsikan dengan kami?

Join:

Catat Ulasan

0 Ulasan