GURU-GURU INSPIRASI DUNIA PENDIDIKAN

Beliau adalah seorang guru PJ yang sangat proaktif. Memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Sains Sosial di SMK Bandar Tenggara 2. Beliau aktif dengan pelbagai aktiviti sukan khasnya olahraga. Beliau juga melatih banyak pasukan olahraga termasukkan pasukan negeri Johor sehingga menjuarai MSSM 2018. Eh tu je ke? Apa yang menarik sangat?

Yang menariknya cikgu ini sentiasa berkongsi dalam Facebook beliau tentang amalan gaya hidup sihat seperti jogging dan hiking. Beliau juga sentiasa meninggalkan pesanan dalam bentuk tazkirah tentang betapa indahnya alam yang perlu kita jaga. Malah dalam Facebook beliau juga tidak pernah lekang dengan screenshot ayat-ayat suci Al-Quran untuk kita renungkan bersama setiap hari. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang peramah dan suka berseloroh.




Cikgu ni tidak asing lagi di kalangan penggiat ICT terutamanya Digital Classroom. Beliau adalah salah seorang admin kumpulan Digital Classroom bagi negeri Johor. Beliau begitu aktif dengan perkongsian pengaturcaraan komputer, ICT dan teknologi Microsoft. Beliau mengajar anak-anak murid pendidikan khas di SMK Taman Sutera. Pernah beberapa kali terserempak cikgu ini di Pasar Malam dan juga Bazaar Raya. Peramah dan sentiasa positif.

Yang mengagumkan saya ialah cikgu ini tidak pernah mengira masa dalam menuntut ilmu. Pasti ada sahaja program keilmuan ICT yang disertainya. Malah beliau tekun mengajar ICT terhadap murid-murid yang mempunyai cabaran pembelajaran. Ada sahaja projek menarik yang dibuat bersama-sama dengan anak-anak muridnya. Bayangkan lah kita nak ajar ABC kat murid biasa pun boleh hilang sabar, apatah lagi nak ajar ICT kat murid-murid sebegini. Memang memerlukan kemahiran psikologi, pedagogi dan kesabaran yang tinggi.




Merupakan seorang guru Bahasa Cina di SMK Damai Jaya, beliau aktif menggunakan ICT dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan tanpa jemu di sekolah. Kalau ada 10 kursus ICT di Johor Bahru, pasti anda akan terserempak dengan muka beliau di hampir kesemua kursus tersebut. Pantang ada kursus atau bengkel ICT pasti beliau nak join. Hasilnya, guru ini menjadi salah satu ikon guru ICT di negeri Johor. Beliau juga tidak lokek ilmu untuk berkongsi ilmu. Yang menariknya beliau mempunyai minat yang sama bersama pasangan Yu Kok Hui. Seiring dan sejalan menuju kejayaan.




Cikgu Abu boleh dikatakan otai di kalangan guru-guru Kulai. Merupakan GPK Koku SMK Taman Putri. Mengapa? Beliau adalah seorang yang sangat berbakat dalam bidang seni. Sering menghias sekolah dengan sentuhan seninya. Mural yang dihasilkan amat cantik. Jika tidak melukis, beliau akan dapat dilihat di padang bola. Beliau seorang jurulatih bola yang berjaya. Malah menjadi pemain bola veteran di daerah Kulai. Bukan itu sahaja, beliau banyak membawa murid-murid beliau ke pelbagai program kokurikulum. Cikgu ni tak kenal erti penat tetapi sentiasa berkhidmat untuk sekolah dan masyarakat. Jika anda hilang semangat, rujuklah cikgu berpengalaman ini. Sentiasa maju ke hadapan.



Hebat kan cikgu-cikgu ni. Add la mereka kat Facebook. Boleh dapatkan positive vibes. Menjadi sumber inspirasi untuk kita terus mara dalam bidang pendidikan. Bukan sebagai guru dalam kelas sahaja tetapi sebagai pendidik yang versatile.



Jangan lupa untuk join group:

Jangan lupa dapatkan ebook terbaru Mudah Mengajar:


Untuk tempahan, hubungi: t.me/herryansyah



Catat Ulasan

0 Ulasan