PESANAN UNTUK GURU OLEH PROF MUHAYA



Guru diberkati dengan ilmu, dirahmati dengan peluang amal jariah yang berterusan. Dalam mendepani cabaran, ada guru yang berjaya menyahutnya dan tidak kurang juga yang hanyut. Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil. Guru perlu ada semangat dan jati diri yang kental. Jaga adab dan juga perkataan. Itulah antara pesan pakar motivasi tersohor negara, Prof Muhaya, seorang Pakar Bedah Mata LASIK. Melalui wawancara bersama beliau beberapa tahun dulu bersama Radio IKIM dalam Slot Celik Mata Reset Minda, beliau berkongsikan beberapa pesanan serta menjawab persoalan-persoalan guru. Mari kita ikuti antara intipati wawancara ini. 

1. Siapa Guru?
Semua orang yang memberikan dan menyampaikan ilmu itulah guru. Tidak terhad kepada yang berada di sekolah sahaja. Seorang jurulatih pun adalah guru.

2. Kerja guru adalah tiket ke Syurga atau ke Neraka
Anak murid boleh menjadi amal jariah kebaikan kita atau penyebab kepada tiket kita ke neraka. Berhati-hati dalam memberikan komen kepada anak murid yang boleh membunuh keyakinan diri mereka sehingga mereka terus berfikiran mereka dilahirkan menjadi jahat dan berterusan melakukan kerosakan kepada orang lain. 

3. Guru usah fokus kepada akademik semata-mata
Akademik adalah pandangan manusia semata-mata. Akal buat kita pandai tetapi wahyu buat kita baik. Jadi terapkan nilai murni dan sahsiah. Hati yang baik menjadi raja kepada akal.

4. Fokus kepada potensi untuk cemerlang bukannya kelemahan murid
Betulkan fokus kita kepada meyakinkan murid kepada apa yang dia boleh perbaiki dan bukan apa yang dia tidak bagus. Berhenti menjadi orang yang sentiasa mencari salah. 

5. Pandang setiap individu murid sebagai satu ladang pahala
Setiap murid adalah peluang untuk kita meraih pahala. Setiap satunya berharga. Mulakan dengan niat untuk mendidik setiap hari terhadap setiap murid. Insha-Allah akan dipermudahkan.

6. Stop Break Even!
Hentikan melabel dan menghukum kerana untuk melepaskan geram. Terangkan kepada anak murid, hukuman diberi kerana perangai itu tidak baik dan menimbulkan kemudaratan kepada orang lain. Hargai murid itu dan berikan nasihat yang baik dan kasih sayang.

7. Mengajar bukan kerana sekadar mengajar
Kita mengajar sebab nak jadikan murid kita pandai dan faham dan bukan tunjuk kita pandai dan tahu semua. Muridlah produk kita. Jika mereka tidak memahami dan enjoy kelas kita, maka ubah cara. Jaga amal soleh kita, kerana itu tunjang kepada perbuatan kita. Jika usaha kita sukar, lihat amal ibadat kita. 

8. Sayang dan Sapa Murid
Pandang anak murid macam anak kita. Tegur dan cakap yang indah-indah bila bertemu dengan mereka. Agaknya jika mereka mati dahulu, siapa lebih banyak dosa. Anak murid atau kita sebagai guru yang dah dewasa ini dan lagi banyak buat silap. Mereka semua adalah amanah Allah. Semua ibubapa meletakkan kepercayaan kepada kita. 

9. Jangan rendah-rendahkan anak murid kita
Walapun kita guru, jangan rasa diri kita lebih mulia daripada murid kita. Orang yang mulia sentiasa memuliakan diri orang lain. Orang mulia keluar perkataan yang mulia. Dan orang yang mulia suka perkataan yang mulia. 

10. Jangan tunggu persekitaran ubah kita, kita ubah persekitaran kita
Tidak kira dari segi prasarana, persekitaran, pencapaian mahupun beban, secara tidak langsung memberi kesan kepada kerjaya kita. Namun, kita tiada pilihan sebagai untuk menjadi agen perubahan. Jika kita baik, kita tetap yang terbaik walau di mana sahaja. Baiki diri kita dan betulkan paksi kehidupan kita. Pasti berjaya.

11. Jangan sesekali sebut 'Cikgu tidak halalkan ilmu yang cikgu berikan'
Usah perasan diri bagus. Ingat masa kita kecil dahulu. Adakah kita sempurna? Ilmu itu milik Allah. Sebagai guru kita hanya perantara sahaja.

Audio penuh di:



Join,

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terbaik Prof. Terkesan dgn pandangan Dan perkongsian Prof. Sbg guru saya amat berterimakasih atas perkongsian ini. Semoga saya menjadi guru yg berada di atas pakai yg betul.

    BalasPadam
  2. guru tuition ... sekarang ni guru2 dah xder masa nak buat tuition .masa rehat lebih penting drp pendapatan dari tuition .Jangan rasa guru buat tuition sebab nk duit lebih .....

    BalasPadam