PROJEK SMART TV SK TAMAN MUHIBBAH


SK Taman Muhibbah telah melancarkan projek Smart TV lebih kurang bermula 2 tahun lepas. Hasilnya, kini semua kelas dilengkapi dengan Smart TV. Diterajui oleh Ustaz Naqiuddin, projek ini mendapat sambutan dan kerjasama daripada seluruh warga sekolah dan ibubapa. 

Sekolah ini bukan sekolah cluster.
Sekolah ini bukan English speaking background families.
Sekolah ini bukan anak-anak orang kaya.
Sekolah ini bukan sekolah cemerlang akademik.










Sekolah ini sekolah biasa, dipinggir bandar dan majoriti dalam kategori berpendapatan sederhana. Bagaimana mereka berjaya dengan projek ini. Ikuti dulu statistik ini. Dipetik daripada Facebook Ustaz Naqiuddin. 
Bilangan terkini Projek Kelas Smart TV
SK Taman Muhibbah - 20 kelas (2019)SK Kulai 1 - 9 kelas (2019)SK Bandar Tenggara - 8 kelas (2020)
Jumlah keseluruhan adalah 37 buah kelas di sekolah2 daerah Kulai yang telah berjaya mengikuti projek Smart TV.
Alhamdulillah, tiada apa yang lebih menggembirakan apabila idea projek ini makin berkembang ke sekolah2 lain. Moga-moga menjadi salah satu daripada amal jariah kepada kami team projek ini (Smart TV SKTM).

Jelas di sini bahawa projek yang diusahakan ini menjadi tular dan berjangkit ke sekolah lain. Hebatkan! Apa rahsianya. Antara yang dikongsikan oleh Ustaz Naqiuddin ialah buat kajian, buat kertas kerja yang lengkap, beri penerangan kepada guru, bina hubungan baik dengan ibubapa dan kreatif dalam mencari dana. Sambungnya lagi....

Anda sudah mendengar ulasan dan perkongsian PAK21
 dalam Mudah Mengajar Show?
Pastikan anda tidak ketinggalan




Harapan saya agar tahun wawasan 2020 banyak lagi sekolah2 kebangsaan di seluruh negara yang buka mata dan ke arah ini dengan menaik taraf bahan bantu belajar sekolah2 kebangsaan.
Bergeraklah bersama-sama PIBG sekolah kerana ibu ayah akan sentiasa membantu untuk berikan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Beliau mengakhiri post Facebook beliau dengan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin belajar dan memohon nasihat, pandangan, perbincangan untuk mengubungi beliau di talian 013-4133839.

Jangan lupa add Facebook Ustaz Din. Boleh belajar apa rahsianya.

Untuk lebih perkongsian dan maklumat, join,

Catat Ulasan

0 Ulasan