Bagaimana Hendak Buat Flipped Classroom


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bagaimana hendak menjadikan “FLIPPED CLASSROOM” kita ini, satu “FLIPPED CLASSROOM” yang sangat baik dan berkualiti.

Pertama sekali, kalau kita perasan, “FLIPPED CLASSROOM”ini, kebanyakkannya berkisarkan tentang penggunaan teknologi.

Penggunaan teknologi dalam “FLIPPED CLASSROOM” ialah, satu kaedah pembelajaran yang mana kita berikan input, sebagai contoh, dalam bentuk video youtube ataupun latihan berbentuk quiz, ataupun aplikasi-aplikasi online yang didalamnya ada sumber rujukan dan mungkin juga mengandungi soalan-soalan untuk murid jawab.

Kita masukkan semua contoh-contoh yang diberikan tadi didalam “FLIPPED CLASSROOM” , dan kita minta murid membuat tugasan yang diberikan terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke dalam bilik darjah pada keesokan harinya 

Kenapa kita buat “FLIPPED CLASSROOM”?
Pertama sekali, kita hendak pastikan murid sudah mempunyai pengetahuan asas apabila mereka masuk ke dalam bilik darjah.

Maknanya, kalau mereka masuk kedalam bilik darjah, mereka sudah tahu pelbagai informasi asas dan mereka sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran. 

Dan mereka sudah tahu bahagian mana yang perlu diberikan lebih perhatian dalam pembelajaran hari ini, hasil dari tugasan-tugasan awal yang diberikan guru samada berbentuk quiz beserta jawapan, pembacaaan awal atau lain-lain tugasan.

Daripada sini, kita boleh nampak bahawa “FLIPPED CLASSROOM” ini, dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dan apabila mereka masuk kedalam bilik darjah, mereka hanya perlu membuat aktiviti pengukuhan pemahaman, mendapatkan kepastian serta mendapatkan pendapat dari rakan-rakan mereka

Adakah “FLIPPED CLASSROOM” ini hanya boleh dipraktikkan dengan menggunakan teknologi?
Ya, mengikut konsep asas “FLIPPED CLASSROOM”, kita perlu menggunakan teknologi kerana ianya merupakan salah satu cara untuk kita memberi tugasan kepada murid dan menilai hasil tugasan tersebut 

Dan satu lagi, kalau kita memberi aplikasi-alikasi online, ianya memudahkan kita untuk menyediakan bahan-bahan untuk mempraktikkan “FLIPPED CLASSROOM” ini

Namun, pada kebanyakan situasi, terutamanya di sekolah rendah, saya ada pengalaman membuat bimbingan coaching mentoring di sekolah rendah dan menengah, saya dapati, sekolah rendah memang mempunyai masalah untuk mempraktikkan “FLIPPED CLASSROOM” ini,

Kerana, pertamanya murid tiada akses kepada gadget tersebut. Kedua tiada komputer dan ketiga ialah kerana kurang penglibatan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi terutamanya dirumah

Berlainan pula dengan murid sekolah menengah, mereka boleh pergi ke perpustakaan atau cyber café dan mungkin mereka sudah mempunyai computer atau hp sendiri untuk mereka akses kepada aplikasi-aplikasi online 

Bagaimana pula bentuk “FLIPPED CLASSROOM” yang boleh kita praktik dan jayakan di peringkat sekolah rendah?

“FLIPPED CLASSROOM” yang boleh kita praktikkan di sekolah rendah adalah dengan cara, memberi tugasan awal kepada murid-murid untuk diselesaikan sebelum hadir pada sesi pembelajaran keesokan harinya samada berbentuk latihan atau pembacaan 

Jika kita ingat sewaktu kita belajar disekolah rendah dahulu, cikgu-cikgu ada memberi tugasan yang perlu diselesaikan dirumah. 

Sebagai contoh, guru memberi tugasan untuk membaca buku matematik, muka surat 69 yang perlu dibaca sebelum hadir ke sekolah keesokan harinya

Dengan itu, kita akan membaca dan belajar tugasan yang diberikan tersebut yang memudahkan kita untuk bertanya apa-apa bahagian yang tidak mampu faham, pada sesi pembelajaran keesokan harinya

Dan cikgu boleh membuat latih tubi pada apa yang murid tersebut tidak faham hasil dari pembacaaan awal murid tersebut

Maknanya, “FLIPPED CLASSROOM” ini, tetap boleh dijayakan di peringkat sekolah rendah. Cumanya mungkin “FLIPPED CLASSROOM” di peringkat sekolah rendah ini dijayakan dengan tidak menggunakan teknologi seperti yang difahami oleh semua orang dan seperti yang disarankan pada konsep asas “FLIPPED CLASSROOM”  

“FLIPPED CLASSROOM” ini maknanya, mereka sudah belajar dan mengulangkaji terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah.

Konsep ini sebenarnya kita sudah biasa dengar. 

Jadi ini lah dia “FLIPPED CLASSROOM” yang mana ianya sangat penting, kerana ramai daripada kita berpendapat bahawa “FLIPPED CLASSROOM” tidak boleh dipraktikkan disebabkan kita mempunyai banyak silibus untuk dihabiskan, ditambah dengan kekangan masa 

Ini kerana, pembacaan awal oleh murid hanya dibuat di awal pembelajaran, yang mungkin mengambil masa selama 10-15 minit, 

Dengan “FLIPPED CLASSROOM”, tugasan ini boleh diberikan dan diselesaikan lebih awal. 

Dan guru juga boleh memberikan markah kepada murid-murid yang telah menyelesaikan tugasan “FLIPPED CLASSROOM” 

Jika murid lebih mudah untuk faham, kita sudah boleh memendekkan masa mengajar kita dan kita boleh teruskan dengan bahagian-bahagian yang seterusnya

Jadi macam inilah sebenarnya kalau kita hendak bagi “FLIPPED CLASSROOM” kepada murid-murid.

Ianya tidak susah untuk dipraktikkan kerana konsepnya yang mudah dengan kita berikan mereka tugasan atau sesuatu yang boleh mereka tonton sebelum mereka masuk ke dalam kelas 

Jika anda ada sebarang soalan atau pendapat untuk disuarakan, boleh respon diruangan komen 

Join group Telegram saya di:

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terima kasih.. sememangnya strategi sangat bagus dilaksanakan.. murid suka dan bersemangat.. 👍👍

    BalasPadam