Penggunaan Berkesan Teknologi Dalam PdPc

Menggunakan pelbagai tools teknologi pendidikan tidak menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Memilih tools yang betul berpadanan dengan strategi pembelajaran adalah jauh lebih penting dalam memastikan pendidikan yang lancar. 
Musim PKP ini memaksa guru mencuba pelbagai jenis alat-alat pendidikan. Ada yang atas talian ada yang luar talian. Ada yang berasaskan laman web, ada jugak yang berbentuk perisian dan aplikasi. Tidak kira di mana jua, semangat ini menjadikan kita bersemangat untuk mencuba pelbagai perkara. Secar tidak sedar, kita sedang mengira-ngira alat-alat mana yang paling praktikal.

Mari kita lihat peringkat-peringkat penggunaan teknologi dalam pendidikan.


Apa pentingnya pengetahuan ini?
Mengetahui kepentingan SAMR Model ini membolehkan kita mengetahui sejauh mana penggunaan tools ini membantu pengajaran atau pembelajaran. Kita akan mudah memahami adakah perlu sesuatu tool itu digunakan untuk tujuan atau keperluan tertentu. Contohnya, jika kita menggunakan digital ink, adalah ia membantu murid menjadi lebih kreatif? Mungkin tidak kerana ia bersifat menggantikan tulisan tangan atau kapur sahaja. Digital ink digunakan untuk menukar tulisan kepada bentuk digital kerana berpadanan dengan peranti komputer. Maka ia tiada fungsi bermakna kepada pembelajaran murid tetapi membantu dalam melancarkan proses pembelajaran. Oleh itu, ia berada pada tahap Substitution. Antara lain, pada tahap Redefinition sebenarnya, murid mencipta atau mempersembahkan sebuah drama dalam bentuk digital bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah sains. Oleh itu, beberapa tools teknologi digunakan untuk mengumpul maklumat, mempersembah serta mengurus persembahan tersebut. Malah siarannya kepada umum juga membantu.

Substitution
Sebarang alat teknologi yang menukar rupa tradisional adalah bersifat Substitution. Hal ini bermakna tools ini menggantikan apa yang sudah biasa dalam bilik darjah kepada bentuk digital. Contohnya daripada pen marker kepada digital ink, daripada almari kelas kepada Google Drive. Daripada papan kenyataan kelas kepada Stickey Notes Online. Penggunaan alat dalam kategori ini tidak menyumbangkan kepada kemahiran berfikir murid secara signifikan. Ia menukarkan bentuk tradisional kepada digital atas dasar adaptasi.

Augmentation
Pada peringkat ini, alat yang menambah fungsi kepada pembelajaran. Contohnya, kebolehan murid menuliskan komen, murid boleh masukkan gambar, murid boleh menekan sebarang pautan dan mendapatkan maklumat tambahan, menonton video dan pelbagai lagi fungsi media khasnya. Antaranya ialah melayari Youtube dan menurunkan komen, membuat digital portfolio melalui Google Sites dan bermacam-macam lagi. Ia memberi lebih banyak pilihan kepada aktiviti pembelajaran daripada satu fungsi asal.

Modification
Apabila melibatkan penggunaan sesuatu sistem atau alatan-alatan untuk pelbagai tujuan serta membantu menambah fungsi terhad dalam PdPc tradisional boleh dikira sebagai tahap ini. Dengan itu, di sini sudah bermula inovasi penambahbaikan kepada sesuatu yang sedia ada. Kita boleh lihat bagaimana penggunaan Google Classroom sangat membantu mempelbagaikan fungsi. Antaranya membuat pentaksiran Bilik Darjah, Pembelajaran Terbeza, aktiviti berkumpuan dengan Thinking Hats dan bermacam-macam lagi. Ruangan komen dalam tanpa nama dalam Mentimeter menghilangkan rasa takut murid meninggalkan pendapat semasa PdPc berlaku.

Redefinition
Peringkat ini bermaksud beberapa tools digunakan untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan langsung oleh kaedah tradiosional. Antaranya ialah penggunaan Zoom dan Skype untuk pembelajaran merentas negara. Selain itu, jelajah dengan Google Expeditions juga memungkinkan murid melawati dan membuat refleksi ke tempat-tempat yang jauh untuk mereka pergi. Contohnya ke Rome, Itali.

Dalam erti kata lain, berikut ialah kata kunci kepada tahap penggunaan teknologi ini:
Substitution : Ganti dan tukar kepada bentuk digital.
Augmentation : Menambah fungsi media, gabung jalin keperluan-keperluan lain.
Modification : Menggunakan fungsi sedia ada kepada keperluan pedagogi khusus.
Redefinition : Membentuk satu fungsi baru dan batas kemampuan kaedah konvensional.

Secara ringaksnya, tahap-tahap ini membantu anda membahagikan alat teknologi yang digunakan dalam proses PdPc. Anda pastinya memerlukan beberapa alat teknologi untuk menjadikannya yang terbaik. Setiap tahap ada 1 kerana setiap satu memberi fungsi berbeza dan saling menyokong.

Jadi, apakah alat teknologi yang anda gunakan untuk Substitution , Augmentation, Modification dan Redefinition?


Jangan lupa join telegram channel: t.me/mudahmengajar

Subscribe Youtube Channel saya: youtube.com/mudahmengajar

Dengarkan Podcast Mudah Mengajar di sini:

Catat Ulasan

0 Ulasan