PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN ATAS TALIAN




Menjalankan pengajaran atas talian adalah satu cabaran untuk guru dalam memenuhi tugas sebagai pendidik sepanjang PKP. Ramai guru menambah kemahiran mereka untuk memastikan ilmu sampai kepada murid. Setiap usaha murni dalam merencanakan sesuatu agenda pasti ada kekangannya. Berikutan maklum balas guru, dapat dikumpulkan beberapa cabaran paling ketara untuk meneruskan pengajaran atas talian. Antaranya adalah:

Tiada Gajet
Perkara ini adalah hampir pasti menjadikan pengajaran atas talian itu MUSTAHIL. Namun, masih ada sinar harapan untuk mengatasi masalah ini. Secara logiknya, pasti ada sekurang-sekurangnya seorang mempunyai telefon mudah alih di rumah. Ada kalanya sebab murid 'tiada gajet' ialah gajet tidak dapat digunakan pada masa kelas secara langsung cikgu. Oleh itu, guru boleh tetapkan masa yang sesuai yang mana murid boleh menggunakan gajet tersebut. Jika hal ini tidak dapat dilakukan, berikan pengajaran tidak segerak yang bermaksud PdPc tidak perlu berlaku secara langsung. Berikan peluang murid melaksanakan pembelajaran pada bila-bila masa yang sesuai. KECUALI jika murid-murid betul-betul tiada gajet di rumah. 


Tiada Akses Internet
Pengajaran atas talian menuntut murid untuk menggunakan data internet. Jika banyak bahan media dikongsikan oleh guru, maka murid perlu memuat turun bahan dengan data internet yang banyak. Sebaiknya, guru boleh meminimakan saiz bahan yang diberikan. Lebihkan banyak bahan berbentuk gambar. Jika ada keperluan berkongsikan video, masukkan bahagian video yang penting dan relevan sahaja. Jika murid tidak cukup kuota internet, boleh jalankan kelas segerak (kelas secara langsung) pada waktu antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang yang mana semua penggunakan Telco dapat internet 1GB secara percuma. Bagi murid yang ada gajet tetapi penerimaan liputan internet adalah rendah, guru boleh hantarkan maklumat dan rumusan isi pengajaran dalam bentuk teks.

Bahan Media Tidak Jelas
Bagi pengajaran atas talian secara segerak, bahan dipaparkan kadang-kadang cukup besar dilihat melalui laptop guru tetapi murid yang menonton video itu hanya menggunakan telefon. Jadi, paparannya agak kecil. Sebaiknya guru zoomkan paparan sehingga ia cukup besar untuk dilihat melalui telefon bimbit. Selain itu, guru perlu menggunakan font yang besar. Suara latar guru juga dapat membantu memberi kepastian kepada murid tentang apa yang dilihat atau dibaca oleh murid.

Tidak Sempat Siap
Oleh sebab murid menghadapi kesukaran memahami pengajaran atas talian kerana kekangan teknikal, maka tidak hairanlah ramai tidak dapat menyudahkan tugasan guru. Guru boleh menjarakkan masa yang lebih panjang antara sebaran bahan dan pengajaran dengan tarikh akhir tugasan. 

Tidak Difahami
Apabila guru dan murid tidak bersemuka maka, agak sukar untuk penyampaian dilakukan secara efektif. Masalah teknikal menjadi batasan komunikasi mesej guru kepada murid. Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh berikan lebih bahan rujukan sampingan dalam bentuk pautan laman web dan juga beberapa pautan video yang boleh murid tonton untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kurang Kemahiran Guru
Ya. Tidak dnafikan tidak semua guru mahir menggunakan peralatan dan gajet untuk menjalankan pengajaran atas talian. Namun, ia bukan penghalang kepada guru untuk meneruskan pengajaran atas talian. Jika penggunaan peralatan jadi puncanya, guru boleh gunakan semudah hanya telefon bimbit dan rakam suara menyampaikan pengajaran. Pendekkan dan ringkaskan maklumat dan hantar dalam kumpulan Whatsapp atau Telegram. Gunakan aplikasi yang biasa dan boleh cikgu gunakan. Boleh gunakan video call Whatsapp juga. Selain itu, gunakan masa bersama-sama dengan rakan guru untuk berPLC dan belajar.  Bagi penghasilan sumber, jika guru terbatas dari segi kemahiran dan masa, boleh kumpul pautan bahan-bahan Youtube dan Blog yang disediakan oleh ramai guru. 

Guru bukan sempurna tapi dalam merencanakan pendidikan berterusan, guru ada dan guru berusaha. Tahniah! Bersama kita cuba perbaiki apa yang ada. Insha-Allah semoga dipermudahkan usaha guru dan terus cemerlang dalam dunia pendidikan. 

Jangan lupa join group Telegram Mudah Mengajar: t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya ada inovasi pelajaran dalam tv untuk atasi masalah talian jika minat hubungi saya

    BalasPadam
  2. Jika berminat boleh hubungi 01161380630 dan boleh email di syedtm90@gmail.com

    BalasPadam