AKTIVITI BERKUMPULAN DALAM BILIK DARJAH SEPANJANG PKPP

Dalam tempoh PKPP ini, pergerakan murid agak terbatas. Oleh itu, agak sukar untuk murid berinteraksi dan berbincang dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Adalah mustahil untuk membuat aktiviti berkumpulan. Hal ini mencabar tetapi tidak mustahil. Yang penting kreativiti guru untuk menjayakannnya. Ada pelbagai idea yang boleh dicuba. Bagaimanapun bergantung kepada keadaan dan situasi. Semua aktiviti berikut adalah bersesuaian bagi tempoh antara 20-30 minit. 

1. Idea Berangkai

Beberapa murid dalam grid, dipetakkan sebagai satu kumpulan. Contohnya 6 meja berasingan sebagai satu kumpulan. Ahli pertama menuliskan kenyataan. Kemudian, kenyataan disambung oleh murid kedua dan seterusnya. Jika tiada kenyataan atau ayat baharu, murid lain dalam kumpulan boleh membuat pembetulan atau semakan sahaja. Pilih seorang sebagai ahli kumpulan. Kemudian hasil kerja kumpulan dibacakan oleh ahli kumpulan atau guru.

2. Gallery Walk PKP

Hasil kerja berkumpulan hasil daripada idea berangkai ditampal pada dinding. Seorang wakil ahli kumpulan akan keluar untuk membuat lawatan dan membaca serta memberi ulasan kepada hasil perbincangan kumpulan lain.

3. Kuiz Pertandingan antara kumpulan

Buat pertandingan antara kumpulan. Boleh buat kumpulan berdasarkan grid meja seperti yang dinyatakan dalam aktiviti Idea Berangkai. Jika ada 6 ahli satu kumpulan, guru boleh bahagikan kepada 6 bahagian tajuk. Setiap seorang akan pelajari atau kuasai 1 bahagian tajuk. Jadi semua orang ada peranan. (Jika relevan atau praktikal sahaja). 

4. Quizizz/Kahoot Team Mode

Jalankan aktiviti pertandingan Quizizz atau Kahoot Team Mode. Setiap murid akan termasuk dalam kumpulan mereka. Setiap kumpulan akan bersaing. Konsep ini sama seperti aktiviti no. 3 cuma dijalankan secara digital.

5.  Mentimeter

Dengan menggunakan sebarang peranti, murid menggunakan peranti mereka, layari menti.com dan masukkan kod. Kemudian murid respon kepada soalan guru. Dengan itu, semua idea, komen dan ulasan murid dipaparkan. Murid lain boleh mengajukan pendapat mereka.

6. Padlet


Setiap kumpulan akan memasukkan 'thread' mereka sendiri. Murid dalam kumpulan lain boleh berikan respon dengan like / love, masukkan komen atau mengajukan soalan. Murid hanya berhubung secara digital. Peranan guru dalam bilik darjah adalah sebagai pemberi input dan memandu murid dalam menjalan aktiviti interkasi menggunakan gajet dengan Padlet. 

7. Stretch A Sentence

Murid pertama menulis perkataan pertama, murid seterusnya sambung. Pastikan setiap kumpulan bermula dengan perkataan pertama. Tentukan skop yang kecil. Contohnya bentuk muka bumi. Cameron Highlands adalah.....Hasilnya akan dibacakan oleh ahli kumpulan yang terakhir. Pusingan dibuat sebanyak 3 kali atau sehingga masa tamat.

8. Choice Boards

Setiap kumpulan diberikan sekeping Choice Boards. Ada 9 petak. 6 murid hanya pilih 6 petak aktiviti yang mereka boleh lakukan. Setiap petak ada pelbagai aktiviti berkaitan tajuk pembelajaran pada hari tersebut ataupun sepanjangn minggu. Hasil kumpulan dipersembahkan dengan menampal pada sehelai kertas mahjong yang besar. atau pada papan bahagian kumpulan.

9. Think Pair Share

Aktiviti ni mudah sahaja. Murid sebelah-sebelah berbincang dan dapatkan satu persetujuan dan menuliskan jawapan atau keputusan mereka. Kemudian seorang darinya akan mengajukan hasil kepada wakil dari pasangan yang lain. Kemudian keputusan diambil. Sesuai untuk kelas kurang dari 28 orang murid. 

Beberapa aktiviti digital di atas mewujudkan suasana pembelajaran Blended Learning yang mana ia menjadi separuh manual dan separuh digital. Hal ini dapat membantu guru memberi penerangan bersemuka di samping penggunakan teknologi pendidikan untuk memberi sokongat kepad ainput manual. 

Semua aktiviti di atas adalah cadangan. Jika agak berat untuk 20 minit, boleh ringkaskan tajuk atau soalan. 

Sertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar.

t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan