GURU, YOUTUBE & YOUTUBER

Youtube adalah sumber carian video paling sibuk di dunia. Carian bahan media pendidikan adalah antara kata kunci paling banyak. Pastinya guru-guru kita banyak menggunakan Youtube untuk mencari bahan pengajaran dan juga untuk pembelajaran murid. Tidak kurang juga guru-guru kita yang menyumbang bahan di Youtube. Banyak video-video menarik berinformasi dikongsikan. Manfaatnya bukan sahaja kepada guru dan murid-murid, malah kepada ibubapa dan semua yang berminat dengan dunia pendidikan.

Mengapa Youtube

Youtube menyajikan jutaan video. Setiap video mudah disaring untuk mendapatkan senarai video yang mengikut citarasa masa (terkini), durasi video, populariti serta kualiti (berdasarkan jumlah like). Bukan sahaja guru boleh mencari video dengan saringan ini, malah guru juga boleh menghimpukan video dalam satu senarai playlist. Mudah untuk guru rujuk kemudian. Koleksi juga boleh ditonton tanpa henti seperti menonton rancangan televisyen. Maka tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai.

Peluang Untuk Berkongsi

Dengan youtube, guru juga mudah berkongsi video yang ditonton. Hanya perlu tekan butang share, maka dapatlah video itu juga ditonton oleh orang lain. Selain video, playlist juga boleh dikongsi.

Mudah Diakses di Mana-mana sahaja

Video Youtube boleh dimuat turun. Ia akan tersimpan dalam telefon atau tablet anda selamat 30 hari. Kemudian perlu memuat turun video itu semula. Guru juga boleh mengakses semua sejarah tontonan melalui viewing history. Semua ini juga dapat dilakukan dan diakses di mana-mana peranti selagi mana guru menggunakan akaun gmail yang sama.

Komuniti Menarik Bersama Youtube

Terdapat ruangan komen pada video youtube untuk penonton meninggalkan komen. Jadi anak murid atau guru lain boleh bertanyakan soalan. Ia menjadi satu ruang perbincangan ilmiah yang mampu meningkatkan penglibatan aktif murid walaupun secara tanpa bersemuka. Dalam Youtube juga, guru-guru akan dicadangkan video-video yang hampir serupa untuk ditonton dan berkenalan dengan banyak lagi pencipta kandungan daripada kalangan guru di seluruh dunia.

Menjadi Pencipta Kandungan

Bagi yang berminat untuk menjadi pencipta kandungan, guru-guru boleh menyertai kumpulan Youtube Creator Academy yang menawarkan kursus berstruktur akses kendiri yang memberikan anda panduan membina Youtube Channel sendiri. Pelbagai ilmu dapat dipelajari termasuklah cara menulis maklumat video, memilih format video, cara mendapatkan penonton serta menjana pendapatan melalui Youtube. Jika cikgu-cikgu perlukan lebih sokongan, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan Cikgootube untuk memberi latihan professional kepada guru dalam pembikinan video dan Youtube. E-Didik juga menyediakan platform Akademi Yu untuk guru-guru memanfaatkan perkongsian daripada pencipta kandungan video yang lain.

Akhir kata, Youtube boleh dimanfaatkan lebih daripada sekadar menjadi sumber rujukan video. Ia sendiri boleh menjadi satu portal PdPc untuk guru. Semoga guru terus maju ke hadapan dan cemerlang.

Untuk lebih perkongsian, join;

t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan