SCAVENGER HUNT


Bertemu lagi kita dalam entri blog Mudah Mengajar seterusnya. Dah lama tak berkongsi aktiviti menarik untuk PdPc kan? Kini, kita dikejutkan dengan berita-berita penutupan semula beberapa sekolah di beberapa daerah dan negeri. Oleh itu, kembalilah kita kepada mod online jawabnya.

Dalam mod online ni, PdPc tak boleh nak berjalan macam mengajar secara bersemuka. Oleh itu, banyaklah cabarannya seperti sambungan internet, engagement daripada murid serta masa untuk pemnyampaian. Rentetan daripada itu, kita harus menyabut cabaran ini untk menyediakan aktiviti pemb elajaran yang ringkas, menyeronokkan serta lebih menarik perhatian murid.

Perlu kita ingat bila disebut PdPc bukanlah bermakna guru suap semua. Ada perkara yang guru hanya perlu initiatie dan trigger shj atau istilah lainnya, spark the discussion. Senang cerita guru jadi fasilitator. Yang penting murid fikir apa yang mereka pelajari. Aktifkan minda KBAT mereka. Apabila perkara ini dititikberatkan, saya terfikirkan aktiviti Virtual Scavenger Hunt. Ia mudah dan ringkas tapi menyeronokkan.

Mudah sahaja!

Cikgu hanya perlu sediakan senaraikan senarai dalam Google Docs. Buat jadual dan senaraikan tugasan pada hujung tajuk atau topik yang diajar. Antara tugasan yang boleh guru-guru letakkan.

1. Apakah perkara menarik yang anda pelajari daripada topik ini.

2. Cari gambar di internet yang boleh merumuskan topik.

3. Kaitkan topik minggu ini dengan satu lagu yang adan suka dan perkaitannya.

4. Cari artikel berita (di internet) yang ada kaitannya dengan tajuk ini.

5. Apakah perkataan yang anda tidak fahami dan cari maksudnya di kamus.



Untuk mendapatkan template, gunakan link ini: http://bit.ly/copyvsh

Panduan untuk menghantar tugasan murid ini adalah seperti dalam video ini:




Untuk lebih bahan perkongsian dan bual bicara PAK21, join:


Catat Ulasan

0 Ulasan