Persediaan Menjalankan PdPr Sekali Lagi

Apa nak buat bila terima arahan PdPr kena buat lagi. Aduhai, risau dibuatnya. Apatah lagi mengenangkan kisah-kisah duka PdPr yang tidak sempurna kerana pelbagai faktor. Namun, naluri kita sebagai cikgu takkan mengaku kalah, betul tak? Kita pasti nak buat jauh lebih baik lagi. Pastinya, kali ni mesti jadi! 

Kembali kepada persoalan asal tadi. Apa nak buat bila nak buat PdPr sekali lagi?

Tak lain tak bukan, inilah perlu kita ambil perhatian dahulu sebelum memulakan PdPr.


1. Semak Manual PdPr
Pastikan kita berada di landasan yang betul. Sangat faham perbezaan PdPr dalam talian (online) dan PdPr luar talian (offline). Apakah kaedah yang boleh digunakan? Pembelajaran Berasaskan Projek? Modul? Kuiz? Video Youtube?

2. Kenalpasti Kesediaan Diri dan Murid
Lihat diri kita. Adakah sambungan internet kita stabil? Adakah murid mempunyai akses internet? Adakah kita mampu nak menanda setelah berikan banyak latihan dan salin semula? Bolehkah murid buat sesuatu latihan sebanyak sekian dan sekian dalam masa tertentu? Semua ini pastinya sudah cikgu dapat agak. Jika tidak pasti, boleh saja bertanya dalam Whatsapp Group atau Telegram, pendapat murid dan mungkin juga ibubapa.

3. Makluman di Kumpulan Whatsapp atau Telegram
Kalau dulu huru-hara, ibubapa banyak terlepas pandang. Di manakan silapnya (jika ada)? Kaji semula dan berPLC la bersama-sama dengan guru langkah mengatasi masalah ini. Pasti ketika ini sudah ada pakar ICT di sekolah. Jadikannya sebagai pakar rujuk. 
Ada yang berpendapat makluman perlu dua kali sehari. Selain itu perlu jelas tarikh penghantaran dan subjek atau jenis tugasan. Boleh gunakan formatting huruf BOLD atau I supaya mesej lebih mudah dikesan. Selain itu, gunakan fungsi pinned message agar mesej berada di atas sekali. 

4. Pentaksiran
Setiap pembelajaran perlulah ada penilaian. Penilaian ini bila terkumpul boleh menjadi satu pentaksiran. Penilaian adalah dalam bentuk latihan, kuiz semasa 'live' session, jawapan bertaip murid dalam kumpulan Whatsapp/Telegram dan bermacam-macam lagi. Tidak perlu terikat penilaian perlu dalam bentuk latihan bercetak, penghasilan video atau karangan bertaip dan sebagainya. Gunakan sebaik mungkin masa interkasi secara dalam atau luar talian itu dan respon murid boleh menjadi satu penilaian. Di sinilah terletaknya pertimbangan professional guru. Kenapa pentaksiran ini perlu? Kerana ia menjadi markah kepada prestasi murid. Guru juga dapat menilai kualiti pengajaran cikgu sendiri di samping mencari kaedah lebih baik dari masa ke semasa.

5. PLC
Perlu adakan PLC sebelum bermula agar gerak kerja lebih bijak. Di kalangan guru dalam panitia masing-masing boleh berbahagi tugas dari segi bahan bercetak, pautan video, tugasan ataupun set-set kuiz dalam talian. Dengan itu, sumber kekuatan dapat diguna pakai secara maksimum dan semua orang mendapat sokongan dalam menjayakan PdPr. Apapun guru tidak berseorangan. 

Dalam menrencanakan pendidikan berkualiti, guru perlu bersifar proaktif dalam menambahbaik mutu pengajaran. Cabaran pasti datang tapi kerjasama, latihan berterusan dan rajin mengkaji kaedah terkini membantu guru terus kuat menjalankan PdPr yang berkesan.

Jangan lupa semak artikel-artikel saya yang lain.
Harap membantu!



Catat Ulasan

0 Ulasan