TPACK (Technological Pedagogical Content Knowledge) Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

 




Aplikasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sepatutnya sudah menjadi satu perkara wajib dalam pembudayaan PAK21 sekolah-sekolah. Lihat sahaja apa yang terjadi apabila berlaku pandemik, teknologi pendidikan menjadi perkara yang penting untuk penyampaian pengajaran dan sambungan pembelajaran samada sebab untuk keperluan komunikasi, penilaian maya dan pelbagai lagi sebab. Apa yang menjadi sesuatu PdP dengan teknologi itu berkesan bergantung dengan pemahaman konsep TPACK (Technological Pedagogical Content Knowledge). Hal ini memandu guru agar memahami cara mengajar berkesan menggunakan teknologi. Mari kita lihat definisi setiap bahagian ini.

Pedagogical Knowlege (PK): Pengetahuan cara pengajaran berkesan mengikut keperluan kurikulum dan keperluan pembelajaran murid.

Content Knowledge (CK): Pengetahuan kandungan tentang apa yang hendak diajar.

Technological Knowlege (TK): Pengetahuan teknologi untuk pengajaran serta cara menggunakan ala-alat teknologi maujud mahupun maya. 

Apabila berlaku percantuman kemahiran 3 aspek utama tersebut maka wujudlah:
Pedagogical Content Knowledge (PCK):  Memahami cara pengajaran berkesan untuk menyampaikan sesuatu kandungan.

Technological Content Knowledge (TCK): Tahu cara kandungan pengajaran dapat disampaikan menggunakan teknologi untuk berlaku saluran input, interaksi dan maklumbalas.

Technological Pedagogical Knowledge (TPK): Mengetahui cara teknologi memandu ke arah penyampaian pengajaran berkesan sehingga mencapai hasil pembelajaran yang diingini. 

Mengapa Guru Perlu Menguasai TPACK Ini?
Sepintas lalu, TPACK ini seolah-olah hanyalah satu teori yang berakhir dengan guna sahajalah apa-apa apps untuk mengajar. Bukan begitu. Jika cikgu amati dengan teliti, pengetahuan TPACK ini mengajar guru untuk menentukan teknologi yang terbaik untuk digunakan bagi mencapai sesuatu tujuan. Oleh itu beberapa perkara perlu diambil berat untuk menentukan tekbologi pendidikan yang akan digunakan.

1. Apakah objektif mata pelajaran saya? (Content Knowledge)
- Guru tahu memilih kandungan atau kemahiran yang ingin diajar.
2. Apakah aktiviti yang akan saya lakukan? (Pedagogical Knowledge)
- Ada pengetahuan strategi mengajar.
3. Apakah strategi saya dalam melakukan aktiviti-aktiviti ini sehingga murid mencapai objektif? (Pedagogical Content Knowledge) ?
- Tahu strategi terbaik untuk satu-satu pengajaran.
4. Apakah alat teknologi yang ingin saya gunakan dan saya mahir gunakan? (Technical Knowlege)
- Tahu dan mahir menggunakan beberapa alat teknologi.
5. Apakah alat teknologi yang bersesuaian dengan sesuai dengan penyampaian kandungan mata pelajaran saya? (Technical Content Knowledge)
- Tahu memilih alat teknologi terbaik bersesuaian dengan kandungan yang ingin diajar.
6. Apakah alat teknologi yang bersesuaian dengan strategi penyampaian kandungan mata pelajaran saya?
(Technological Pedagogical Content knowledge). 
- Tahu memilih alat teknologi bersesuaian dengan strategi yang ingin digunakan dalam menyampaikan kandungan.

Apakah alat teknologi yang bersesuaian dengan sesuai dengan penyampaian kandungan mata pelajaran saya? (Technical Content Knowledge)

1. Relevance.
Teknologi adalah bersesuaian dengan subjek atau mata pelajaran
2. Navigation
Mudah menggunakan alat teknologi tersebut.
3. Customization
Boleh diubahsuai kegunaan dan fungsi mengikut pelbagai keperluan sasaran.
4. Interaction
Interaksi kepada bahan dan kepada murid atau sesama murid  mudah. 
5. Accessibility
Ada fitur khas kebolehgunaan oleh pelajar dengan kelainan upaya. 


Secara ringkasnya, guru perlu tahu apa yang ingin diajar, cara untuk mengajar berkesan dan dengan itu dapatlah meilih alat teknologi yang bersesuaian dan menggunakan alat teknologi tersebut dengan berkesan.

TPACK bergerak seiiring. Oleh itu, setiap elemen perlu dikuasai agar ia seimbang dan menghasilkan PdPr yang berkesan.









Catat Ulasan

1 Ulasan