AKTIVITI BERSEMUKA UNTUK MURID TERTINGGAL PDPR

Bertemu kembali dengan murid selepas tempoh PdPr adalah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh guru.  Tidak sabar untuk kembali mendidik anak murid kita yang berpotensi. Seorang guru sememangnya mahu melihat kelibat murid dan berkomunikasi dengan mereka jauh lebih mudah apabila bersemuka. Dalam seribu kegembiraan, tidak dapat dinafikan datangnya kegusaran bagaimana nak 'catch up' semula murid yang ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat menghadiri PdPr. Sama ada perbuatan tertinggal PdPr disengajakan atau tidak, bertambah sukar untuk guru pastikan tindakan bersesuaian ke atas murid. Apa yang pasti, cikgu ingin memastikan tiada sesiapa pun akan tercicir daripada apa yang mereka sepatutnya pelajari. Oleh itu, lebih baik mencari solusi daripada provokasi. 

Situasi setiap guru adalah berbeza. Ada yang mengajar di kawasan bandar ada yang diluar bandar. Ada yang sekolah rendah dan ada yang sekolah menengah. Berikut adalah beberapa cadangan usaha yang boleh dilakukan bagi memperbaiki pelibatan murid dalam PdPc (dalam bilik darjah) agar mereka tidak ketinggalan. Mari kita lihat mana yang praktikal dan boleh diamalkan. 


1. Resource Corner (Sudut Sumber)

Usah dikenang kepada senarai playlist video pdpr mahupun link-link aktiviti online. Terbukti murid tidak dapat menggunakan peranti di rumah. Oleh itu, guru boleh sediakan masa-masa tertentu semasa pdpc untuk beberapa orang murid yang ketinggalan untuk mengakses link-link tersebut semasa dalam kelas. Guru boleh ulangkaji topik bersama murid yang telah mengikuti pdpr sementara memberi masa murid-murid tidak hadir Pdpr duduk di suatu sudut dan melihat video dan menjawab kuiz online di laptop guru ataupun PC jika ada. Hal ini bergantung kepada situasi dan kemudahan di sekolah cikgu. Jika tiada internet, boleh sediakan folder video sedia untuk dimainkan secara offline. Cara lain adalah menyediakan ruang khas untuk murid melihat nota ringkas dalam bentuk cetakan dan cuba menjawab kuiz secara kendiri. Kalau mereka bawa balik ke rumah pun belum tentu mereka buat kan? 

2. Pop Quiz / Revision Test

Aktiviti ujian ulangkaji boleh dilakukan dengan tempoh bersesuaian; 5 minit, 10 minit, 30 minit bergantung kepada perancangan guru. Ia boleh dilakukan secara santai, individu mahupun berpasangan ataupun berkumpulan. Murid akan lebih sedar akan bahagian-bahagian topik yang mereka tidak kuasai. Sementara murid telah ikut PdPr boleh ulang kembali apa yang mereka telah pelajari, murid tertinggal PdPr pula boleh mengenalpasti apakah bahagian-bahagian yang perlu mereka ulangkaji dan beri perhatian kerana tahu soalan-soalan itu yang kerap dikemukakan. Guru bincangkan jawapan di akhir sesi dan setidak-tidaknya murid belajar sesuatu. Hal ini sebenarnya mengajar semula cuma dalam bentuk santai dan lebih berbentuk aktiviti.

3. Pembentangan Kumpulan

Sekumpulan murid yang telah mengikuti PdPr boleh diberikan tugasan untuk membuat pembentangan. Sementara itu, murid yang tertinggal PdPr pula membaca dan menyemak topik-topik yang akan dibentangkan. Dengan itu, murid tertinggal PdPr dapat belajar sesuatu sementara murid ikut PdPr lebih berkemahiran kerana mereka pula akan menyampaikan apa yang mereka pelajari dengan mengajar rakan mereka. Proses ini dipanggil Active Recall yang mana murid dapat mengingati sesuatu dengan lebih baik apabila mereka persembahhkan apa yang mereka pelajari dalam bentuk yang mereka senangi.

4. Review Games

Cara ini sama seperti Revision Test tadi cuma dalam bentuk permainan. Guru boleh gunakan aktiviti untuk dalam bentuk permainan mencari harta karun misalnya yang mana untuk pergi daripada satu check point ke satu check point lagi, murid perlu menjawab beberapa soalan yang hanya boleh mereka jawab jika mereka membaca nota diberikan. Dengan itu, murid belajar secara santai dan menyeronokkan. Yang dah belajar, tentulah bonus kepada mereka. Secara tidak langsung, hal ini juga beri motivasi kepada murid bahawa yang tertinggal akan rugi. Mereka perlu dibiasakan akan manfaat sentiasa menyertai sesi pembelajaran dan ruginya tertinggal pelajaran, kecualilah bagi mereka yang tiada kemudahan atau ada kekangan. Nak bagi seronok, boleh buat aktiviti bertemakan Squid Games yang tengah popular di kalangan remaja ketika ini. 




Terima kasih. 

Anda dijemput untuk menyertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar

https://t.me/mudahmengajar 


Add Coach Herry di TikTok:

https://www.tiktok.com/@coachherryj


Add Coach Herry untuk lebih content menarik:

https://www.instagram.com/coach_herry

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Best 5포커 - casinoland.jp 메리트카지노 메리트카지노 11bet 11bet 우리카지노 계열사 우리카지노 계열사 바카라사이트 바카라사이트 planet win 365 planet win 365 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 631 CASINOINJAN - The most realistic slots games casino

    BalasPadam