Panduan Menyediakan Slaid Moden


Slaid moden semakin trending di kalangan netizen ketika ini. Ia tampak lebih kemas, mudah dihadam pengisiannya serta sedap mata memandang. Penonton atau sesiapa sahaja melihat slaid tersebut memberikan perhatian terhadap slaid yang menarik ini. Apakah yang dikatakan sebagai slaid moden dan bagaimana bentuknya?

Slaid moden secara asasnya menggunakan elemen media untuk memenuhi keperluan penonton. Keperluan untuk lebih dapat memahami, memberikan interaksi pemikiran terhadap apa yang ditunjukkan. Di samping itu, slaid moden juga menggunakan font yang terkini dan bukan lagi standard Arial atau Times New Roman. Setiap font yang digunakan mencerminkan imej apa jua yang dibentangkan. Untuk pendidikan kanak-kanak, biasanya menggunakan Comic Sans, produk teknologi menggunakan Product Sans Regular dan lain-lain spesifik kepada tujuan slaid dibuat. Kesemua ini berbunyi agak teknikal namun ada beberapa perkara asas yang boleh kita gunakan sebagai garis panduan pembinaan slaid moden yang berkesan. 


1. Maksima 2 Font

Gunakan tidak lebih daripada 2 jenis font yang berbeza. Font yang sama boleh digunakan untuk tujuan berbeza contohnya, tajuk dan maklumat. Namun, saiz perlu berbeza dan tajuk perlu dalam bentuk Bold misalnya.

2. Teks besar dan jelas

Teks perlu mudah dilihat dan besar. Apatah lagi kadang-kadang yang melihat slaid kita adalah mereka yang mengikuti sesi Google Meet. Pastinya, paparan adalah kecil dan sukar dilihat. Oleh itu, teks mesti bersaiz besar serta mudah dibaca. Elakkan menggunakan teks berbentuk cursive terutamanya jika ingin menyampaikan maklumat penting, info atau fakta.

3. Paparan data ringkas

Jika ada data, cukup sekadar paparkan data, carta beserta tajuknya. Tidak perlu disertakan penjelasan berbentuk teks kerana dengan melihat carta itu pastikan ia mudah difahami. Walaupun begitu, jika ada keperluan meletakkan sedikit maklumat teks, gunakan kata kunci dan panduan ringkas ayat pendek.

4. Ayat ringkas dengan 1 idea

Gunakan ayat yang pendek dan jelas maksudnya. Di samping itu, dalam setiap muka hanya perlu 1 idea sahaja. Idea seterusnya harus berada pada muka surat lain. Jika 1 idea tersebut ada pecahannya dan perlu diletakkan dalam muka surat yang sama, pastikan tidak lebih daripada 3. Jika lebih maka pecahkan idea-idea tersebut kepada muka surat berlainan setiap satunya.

5. 3 hingga 5 warna

Pastikan warna yang digunakan tidak melebihi daripada 5 warna. Hal ini dapat mengelakkan slaid anda menjadi terlalu berwarna warni dan menggangu tumpuan pembacaan. Warna teks dan warna slaid juga perlu harmoni. Antara teks dan warna latar, perlu salah satunya warna cerah dan satu lagi berwarna gelap. Atau gunakan fungsi shadow seperti yang digunakan dalam gambar thumbnail blog ini. 

6. Warna harmoni slaid dan objek

Dalam semua bentuk, objek, warna teks dan latar, perlu ada keharmonian. Ia tampak lebih sedap mata memandang. Dalam Powerpoint misalnya, anda boleh memilih theme manakala dalam Canva pula ada Styles. Hal ini dapat membantu anda memilih warna tema yang harmoni antara kesemua elemen tersebut. Tidak perlu ada pengetahuan mendalam tentang rekabentuk slaid. 


Ringkasnya:

1. Maksima 2 font

2. Teks besar dan jelas

3. Paparan ringkas data

4. Ayat ringkas dengan 1 idea

5. 3 hingga 5 warna

6. Warna harmoni slaid dan objek


Rujukan: Canva Design Team


Bonus..jika ada bahan media, persembahkan dalam bentuk yang menarik seperti ini:



Terima kasih. 

Anda dijemput untuk menyertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar: 

https://t.me/mudahmengajar 


Add Coach Herry di TikTok:

https://www.tiktok.com/@coachherryj


Add Coach Herry untuk lebih content menarik:

https://www.instagram.com/coach_herry






Catat Ulasan

0 Ulasan