Terbaik Bersemuka dan Dalam Talian

Situasi kini menjadi cabaran kepada guru untuk menyampaikan pembelajaran dengan baik. Dahulunya, guru terpaksa fokus kepada pembelajaran secara maya atau PdPr. Setelah kembali ke sekolah, guru perlu kembali kepada pembelajaran bersemuka. Jika dilihat, hal ini seolah-seolah lebih mudah apabila bersemuka. Namun, hasil pemerhatian dan dapatan saya, terdapat juga guru-guru yang lebih suka dengan pembelajaran atas talian kerana kemudahan pentaksiran yang lebih cepat selain kemudahan penyampaian bahan media untuk menyokong pemahaman murid. Sementara itu, pembelajaran bersemuka pula dapat membantu guru menerangkan kepada murid tanpa kekangan teknikal alatan digital serta dapat mengelakkan ketidakpatuhan kehadiran atau penyertaan sesi kelas. Dalam dua situasi ini, bagaimanakah guru dapat memanfaatkan kedua-duanya.

Zaman kini menuntut guru untuk lebih bersifat sentiasa mempunya sumber dan kreativiti tinggi. Dengan sesi pembelajaran secara bersemuka, guru mengajar seperti biasa. Pada masa yang sama guru juga akan memanfaatkan ruang maya untuk menyokong pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya.

1. Guru mengambil gambar penting atau hasil perbincangan dalam kelas bersama murid dan memasukkan gambar-gambar tersebut ke dalam kumpulan Telegram / Whatsapp kelas.

2. Guru mengambil beberapa klip video sesi penerangan semasa dalam kelas.

3. Guru memaparkan hasil kerja murid dalam bentuk Powerpoint atau TikTok yang telah dihasilkan (Flipped Learning).

4. Guru merakam rumusan daripada pembelajaran pada hari tersebut setelah kelas bersemuka dalam bentuk audio dan dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp / Telegram.

5. Murid menghasilkan refleksi dan Exit Tickets dalam bentuk audio / gambar / video atau teks sebagai bahan sokongan PBD mereka. 

Bagaimanakah pula jika guru perlu membuat penilaian digital dalam kelas?

Hal ini boleh dilakukakan dengan aplikasi seperti Zipgrade dan juga Plickers.


Join kumpulan Telegram Mudah Mengajar: t.me/mudahmengajar




Catat Ulasan

0 Ulasan