Bina Kapasiti Guru dengan GROW




Setiap guru mempunyai sasaran masing-masing. Selagi bergelar guru, pastinya penambahbaikan dalam subjek dan pencapaian murid menjadi keutamaan. Antara satu guru dengan guru lain mempunyai pencapaian sasaran berbeza. Ada guru ingin meningkatkan jumlah peratus lulus, ada yang nak meningkatkan gred purata mata pelajaran, ada yang mahu mendapatkan keputusan lebih baik untuk murid dalam pertandingan, mungkin ada juga yang nak memperbaiki pengurusan bilik-bilik khas dan bermacam-macam lagi.

Dalam mencetus peningkatan yang sepatutnya dan khusus, maka pendekatan juga perlu spesifik. Kapasiti guru boleh digunakan dengan model GROW.

Apakah konsep model GROW?

GROW adalah mengambil singkatan kepada Goal Setting (G), Reality Checking (R), Options (O) dan Way Forward (W). Mari kita lihat satu persatu bagaimana pendekatan dengan model ini digunakan dalam bimbingan.

Goal Setting (G)
Guru menentukan satu perkara penambahbaikan yang mahu dicapai. Perkara tersebut perlulah jelas mengikut kriteria:
1. spesifik
2. ada sararan dan boleh diukur
Contoh: Meningkatkan pencapaian PBD kelas 5 Amanah daripada TP2 kepada T3. 

Reality Checking (R)
Bahagian ini adalah untuk menyenaraikan semua kekangan dan cabaran yang menyekat kepada mencapai perkara dinyatakan dalam Goal. 
Contohnya: 
1. 3 orang murid terdiri daripada murid lemah 3M.
2. Kehadiran murid yang tidak konsisten menyebabkan program yang dirancang sukar dijalankan dengan lancar.

Options (O)
Guru menyenaraikan beberapa pilihan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah di atas.
Contohnya:
1. PLC bersama guru pemulihan khas untuk mendapatkan panduan untuk menangani murid lemah 3M.
2. Modul disampaikan dalam pelbagai medium dan secara berturutan dan tidak menyeluruh.

Way Forward (W)
Satu tindakan di atas dipilih dan menjadi fokus. Tindakan itu direncakan dan dibuat sehingga ianya membuahkan hasil. 

Muat turun template di sini:
https://docs.google.com/document/d/1y1SzxDdKFo_48xYB0VFR9M2ZzgF4E1yFWSYlwnrAJlI/edit?usp=sharing
(buka link, klik menu File, download as Word)



Terima kasih. 
Anda dijemput untuk menyertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar: 

Add Coach Herry di TikTok:

Add Coach Herry untuk lebih content menarik:


Catat Ulasan

0 Ulasan