PAK21 Starter Kit


Bila sebut PAk21 Starter Kit, ia seolah-seolah macam peralatan asas untuk menjalankan pembudayaan PAK21. Namun, ia sebenarnya lebih daripada sekadar alatan. Kita juga bermaksud perkara atau bahan asas. Oleh itu, apakah beberapa kit yang diperlukan untuk memastikan guru mengetahui dan memahami perkara asas PAK21?

Antara beberapa perkara tersebut adalah:
1. Kit penerangan PAK21 
2. Manual Pembudayaan KBAT
3. Manual Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4. Buku PLC

Kit penerangan PAK21 mengandungi asas kepada bagaimana PAK21 bermula. Perubahan dalam arus pendidikan dan keperluan semasa memerlukan pendekatan terkini dalam pendidikan. Dengan itu, perlu ada anjakan paradigma dalam Pengajaran dan Pembelajaran. PAK21 bukan sahaja tentang apa yang diajar dan bagaimana pengajaran berlaku, malah turut diterangkan apakah watak yang perlu dibawakan guru dan karakter murid yang perlu dibentuk.
Download

Manual Pembudayaan KBAT pula menerangkan bagaimana KBAT dapat diterapkan dalam bilik darjah serta pembudayaannya dalam pelbagai aspek di sekolah. Budaya KBAT tidak terbatas di dalam kelas sahaja malah meluas kepada aktiviti Kokurikulum, pengurusan dan suasana KBAT di sekolah.
Download

Manual Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) meliputi pentaksiran pelbagai bentuk yang boleh dilakukan oleh guru. Ia mengandungi perkara asas yang menjamin kualiti dan kesahihan sesuatu pentaksiran. Selain itu, penjelasan turut diberikan bagaimana PBD membantu guru meningkatkan mutu Pdp.
Download

PLC tidak lain tidak bukan menekankan aspek perkongsian berilmiah sesama guru. Ia satu budaya cemerlang yang mencorak kepada perkembangan profesional guru. 
Download

Maka dengan itu, lengkaplah perkara asas yang perlu diektahui oleh guru dalam mencorakkan pembelajaran dan pemudahcaraan serta perwatakan guru abad ke 21.

Bersediakah anda? Atau anda ingin melangkah lebih jauh?

Terima kasih. 
Anda dijemput untuk menyertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar: 
https://t.me/mudahmengajar 

Add Coach Herry di TikTok:
https://www.tiktok.com/@coachherryj

Add Coach Herry untuk lebih content menarik:
https://www.instagram.com/coach_herry



Bagaimana pula jika semua ini tidak seindah yang anda harapkan? Dengarkan...

PODCAST MUDAH MENGAJAR : THE MM SHOW


Catat Ulasan

0 Ulasan