Pagi ini, saya telah menerima mesej Telegram daripada seorang guru yang saya segani. Beliau adalah Cikgu Nashar Nordienah binti Hussin dari SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Beliau menyatakan ingin berkongsi pegalaman memanfaatkan perkongsian yang pernah saya berikan dan beliau telah amalkan di dalam kelas. Cikgu hebat ini yang juga terkenal dengan Program Duta Guru Petronas, telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik dalam kelas untuk mengajar subjek Matematik dan Sains menggunakan elemen PAK21.
Kalau dahulu bila sebut sahaja PAK21, pasti ia lebih sinonim dengan subjek Bahasa memandangkan banyak perkataan dan perbualan perlu berlaku. Hal ini sebab subjek selain Bahasa selalu dipandang sebagai memerlukan hafalan dan latih tubi semasa. Tetapi TIDAK.
Jika difahami dan diamalkan, subjek Sains juga dapat diajarkan dengan lebih baik apabila elemen PAK21 diterapkan dalam PdP.
Mari kita tinjau apakah yang diamalkan oleh Cikgu Nashar ini tadi.
25/4/2022
4 UUM
SAINS
Bab 4: Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam
Set Induksi
Aktiviti 1: K-W-H Chart
1.Setiap kumpulan diedarkan 2 keping kertas berwarna.
2.Murid berbincang dengan ahli kumpulan tentang perkara yang dipelajari (What I Know) & perkara yang ingin mereka tahu tentang pembelajaran hari ini (What I Want To Know).
4.Wakil setiap kumpulan akan datang ke hadapan menampal kertas berwarna di dalam ruangan What I Know & What I Want To Know.
5.Guru menyemak jawapan murid dan memberikan maklum balas. Guru menyatakan objektif pembelajaran.
Aktiviti ke-2: Jigsaw
Kaedah Pelaksanaan
Langkah 1
Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Home Team) yang terdiri dari 4,5/ 6 murid dan setiap pelajar akan dinomborkan.
Langkah 2
Pelajar akan seterusnya dipecahkan kepada Expert Teams mengikut nombor masing-masing.
Langkah 3
Murid membincangkan soalan di dalam Modul mengikut sub-topik bersama buku teks sebagai rujukan. Setiap murid perlu mempelajari dan memahamkan maklumat berkenaan bersama-sama dengan ahli lain dalam Expert Team masing-masing.
Langkah 4
Seterusnya, murid-murid yang berada dalam kelompok pakar (Expert Team) akan kembali ke kumpulan asal (Home Teams) untuk mengajar / membimbing ahli-ahli lain tentang apa yang telah dipelajari dalam kelompok pakar.
Penutup
Setelah selesai, murid-murid akan diberi peluang untuk menyatakan secara individu tentang apa yang telah dipelajari.
Murid membuat kesimpulan dengan melengkapkan ruangan (What I Learned) dalam K-W-L Chart.
Aktiviti Jigsaw ini boleh diulangi pada pdpc seterusnya sehingga selesai kandungan pengajaran.
25/4/2022
Matematik
3 UAIM
CUP 3
Bab 5: Ungkapan Algebra 1
Hari ini giliran kelas 3 UIAM menjalankan aktiviti Fan N Pick.
Kelas ini telah diajar lebih awal topik ini. Maka, guru terus mengadakan aktiviti berkumpulan.
Bezanya kelas ini murid diberi 1 soalan setiap kumpulan kerana tahap penguasaan murid memerlukan bimbingan berfokus.
Guru mengajar dengan memberikan contoh soalan lain tetapi ada kaitan dengan soalan yg murid dapat.
Semasa sesi pembentangan, wakil kumpulan datang ke hadapan memberikan sesi penerangan jadi Guru Muda.
Sokongan rakan sekelas memberikan tepukan gemuruh meningkatkan semangat murid menjadi lebih berkeyakinan!
Akhir sekali, guru menamatkan sesi pengajaran dengan aktiviti EXIT TICKET.
Murid menyatakan refleksi pengajaran mereka pada hari ini dengan kata-kata yg positif! 😃
3 UUM
Khamis
22/4/2022
MATEMATIK
Tajuk: Ungkapan Algebra 1
Set Induksi: Entry Ticket
1.Murid diberikan kertas sticker berwarna setiap seorang.
2.Murid diberi masa 3 minit untuk menulis pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang telah dipelajari.
3.Murid datang ke depan baris demi baris (mengikut SOP) menampal sticker note di papan putih.
4.Catatan murid disemak oleh guru.
Pemerhatian Guru: Murid tidak segan melontarkan idea dan jawapan. Kerana guru tidak perlu menyebut nama murid. Murid lebih berkeyakinan diri untuk mencuba walaupun tidak tahu.
Aktiviti Kolaboratif
Fan N Pick ( Diubahsuai)
1.Dimainkan oleh 4-5 orang murid dalam satu kumpulan.
2.Seorang ketua dilantik dan memilih 2 kad soalan.
3.Murid ke-2 memegang papan nota.
Soalan boleh diletakkan di atas papan dan dipamerkan kepada semua ahli kumpulan. Kertas kosong diletakkan di atas papan nota.
4.Semua ahli kumpulan berbincang mendapatkan jawapan dengan menggunakan kertas sendiri.
5.Apabila semua ahli kumpulan berpuas hati dan bersepakat dengan jalan penyelesaian dan jawapan, murid ke-2 yang memegang papan nota tadi akan mencatat ke atas kertas putih di atas papan.
6.Guru menjadi pendorong motivasi, pembimbing dan pemudahcara sepanjang aktiviti dijalankan.
7.Jawapan dibincangkan bersama-sama mengikut nama kumpulan secara pembentangan di hadapan kelas pada waktu pdp yang berikutnya.
8.Murid menentukan nama kumpulan. Setiap kumpulan direkodkan nama murid supaya guru dapat mengenal
pasti murid yg terdapat dalam senarai CUP3.
Maklum balas murid: Murid berasa pengajaran Matematik tidak sukar kerana murid bekerjasama dengan rakan lain untuk menyelesaikan masalah.
Terima kasih Cikgu Nasha.
Tahniah dan semoga terus maju jaya.
Terima kasih.
Anda dijemput untuk menyertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar:
Add Coach Herry di TikTok:
https://www.tiktok.com/@coachherryj
Add Coach Herry untuk lebih content menarik:
0 Ulasan