oleh Syamimi Omar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mementingkan pendidikan yang berkualiti kepada semua rakyat tanpa ada yang terkecuali. Pelbagai dasar dan program digubal bagi membolehkan semua rakyat mendapat pendidikan yang sama rata bagi membolehkan setiap rakyat memajukan diri mereka dan menjadi tenaga kerja bagi membangunkan kualiti kehidupan. Tindakan kerajaan memastikan semua kanak-kanak, tanpa mengira jantina, lokasi, latar belakang sosioekonomi atau etnik mendapat akses serta dapat menamatkan pendidikan sekurang-kurangnya peringkat rendah.
Walaupun
pelbagai usaha telah dilaksanakn bagi membantu setiap murid mendapat pendidikan
yang sama rata, isu keciciran pendidikan kanak-kanak masih berlaku dan lebih membimbangkan
sewaktu sektor pendidikan mengalami perubahan yang drastik pada waktu Pandemik
Covid-19.
Antara
faktor yang menyebabkan keciciran dalam kalangan murid-murid ini adalah,
1.
Pendapatan rendah jejas pendidikan
Pendapatan
keluarga yang rendah memberikan kesan terhadap proses pendidikan anak-anak. Ibu
bapa yang berpendapatan rendah lebih mengutamakan perbelanjaan keperluan asas
untuk menyara kehidupan berbanding menyediakan kemudahan pendidikan sempurna.
Masalah kewangan ini menjadi hamabtan kepada segelintir murid untuk keluar
berkerja di malam hari bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Hal tersebut
menyebbakan murid sukar untuk membahagikan masa mengulang kaji pelajaran dan
menyebabkan keciciran murid di sekolah.
Bagi
masalah ini, pihak sekolah seharusnya peka mengenai pendapatan keluarga
murid-murid supaya tidak ada antara mereka yang terkecuali untuk mendapatkan
bantuan yang disediakan seperti Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAMP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan sebagainya.
Dengan adanya bantuan seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan
beban keluarga murid dan membolehkan murid-murid mendapat pendidikan yang
sempurna.
2.
Minat dan motivasi murid yang merundum
Faktor
minat dan motivasi murid amat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kehadiran murid ke sekolah. Sebelum era Pandemik Covid-19 yang memerlukan guru
dan murid melalui PdPR, isu kehadiran murid ke sekolah sentiasa menjadi hal
yang difikirkan oleh pihak pentadbiran dan para guru. Pelbagai usaha yang
dilaksanakan oleh guru untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah mencapai
peratus yang sepatutnya. Sewaktu PdPR, sememangnya kehadiran murid merundum
disebabkan pelbagai halangan, antaranya kekurangan kemudahan untuk belajar atas
talian, tiada dorongan atau pantauan yang tegas di rumah, serta minat yang
kurang disebabkan tidak dapat memahami isi pelajaran apabila terpaksa belajar
secara kendiri. Impak susulan dari senario tersebut, telah menyebabkan ramai
murid cicir yang dikenal pasti sewaktu sesi persekolahan bersemuka.
Keinginan
untuk menimba ilmu sememangnya perlu sentiasa dipupuk dalam diri murid melalui
kata-kata semangat dan aktiviti yang menarik di sekolah. Guru-guru perlu
memainkan peranan yang penting untuk memberikan yang terbaik sepanjang tempoh
PdP supaya murid rasa seronok untuk belajar dan rasa seronok untuk hadir ke
sekolah. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka diberikan galakan dan
sokongan untuk hadir ke sekolah, seperti mengambil tahu tentang pelajaran
anak-anak, membantu anak-anak bersiap untuk ke sekolah dan cuba sedaya upaya
untuk bawakan mod positif pada awal pagi untuk anak-anak ke sekolah.
3.
Pengaruh budaya dan persekitaran
Pengaruh budaya dan persekitaran adakala
membentuk asas pemikiran pembelajaran sebagai membosankan dan menyukarkan.
Baru-baru ini, warga net dikejutkan dengan berita oleh Jabatan Perangkaan
melalui kaji selidik yang dilaksanakan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1
peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran
ke peringkat seterusnya. Mereka merasakan pendidikan tidak lagi begitu penting
apabila mereka mudah memperoleh pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih
bernilai dan pantas berbanding datang ke sekolah. Pengaruh seperti ini perlu
diselidik dan diberi didikan yang lebih untuk membuka mata anak-anak muda
mengenai pendidikan yang diperoleh bukan sahaja untuk menjanjikan pekerjaan
yang bergaji mewah tetapi untuk kemahiran dan kemajuan diri pada masa akan
datang.
Murid-murid dan remaja pada hari ini lebih
mudah terpengaruh dan terjebak melalui pembacaan mereka di media sosial dan
internet. Mereka menerima info yang dikongsikan secara terus tanpa memeriksa
dan membuat carian pada sisi yang lain. Perkongsian yang dimuat naik oleh
rakan-rakan yang berhenti sekolah dan menceburi kerjaya gig telah menutupi
kisah-kisah kejayaan remaja dan anak muda yang berjaya disebabkan menyambung
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau dan membetulkan info yang
anak-anak mereka peroleh daripada media sosial supaya mereka dapat
membandingkan mana satu pilihan yang terbaik dan sepatutnya.
Kesimpulannya, sehingga hari ini, KPM tidak
berhenti meneruskan usaha mereka dengan dibantu paduan tenaga oleh para guru
untuk memastikan murid-murid hadir ke sekolah dan mendapat pendidikan yang
sewajarnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah pendekatan
berkesan bagi mengurangkan isu keciciran murid sekolah. Tidak lain dan tidak
bukan, keciciran murid ini memerlukan kesepaduan usaha anatar pihak sekolah,
ibu bapa dan semua pihak bagi membantu mengurangkan isu keciciran murid demi
kehidupan rakyat Malaysia yang lebih maju dan harmoni.
0 Ulasan