Kembali Semula ke Windows (Bahagian 1)


Hampir 2 minggu saya kembali menjelajah semula ke dunia Windows dan ini hasilnya.

Ingin saya menulis kerana umum tahu saya menggunakan pelbagai sistem operasi komputer dan peranti, jadi kali ini saya cuba kembali ke pangkal jalan nak tengok apa yang telah berubah.

Pertama, saya kagum betapa mudahnya menggunakan Windows sekarang. Dekat taskbar terus saja klik butang Windows dah boleh cari apps atau Search. Atau tekan terus butang Search. Eh sukalah sebab mudah faham. Bagi kat anak saya pun dia terus tahu apa nak buat.


Kedua, pengurusan fail dan folder jadi lebih menarik. Mudah nak Pin to Quick Access. Nak akses file kat OneDrive pun mudah. Drag and Drop malah anda boleh set terus folder tertentu terus zap ke storan awam.


Ketiga, senang betul nak cari Quick Panel ke amende namanya tapi bawah belah kanan tu. Tekan je boleh terus pilih wifi, adjust sound, connect bluetooth dan paling win, Project. Bab ni penting sebab cucuk projektor karang tekan je nak sambungan paparan mana satu. Simple!


Keempat, System Settings. Mudah nak faham. Kalau dulu agak berbelit. Nak cari pun payah. Ni tajuknya lebih user friendly. Contohnya, kalau nak cari tetapan screen jadi off, cari je Screen. Bukannya bawah item battery ke, energy ke. Straight to the point.


Kelima, Windows Hello!. Xyah kalut ah. Jeling je kat Surface terus zap masuk ke alam komputermu. Kadang kenyit mata pun boleh. Ce try!


Keenam, Microsoft Edge. Dulu cam angin gak ar sebab rasa mcm slow melow la browser ni. Skang dah pakai Chrome architecture, so sebijik macam Chrome. Boleh import bookmarks, settings dan password. Jadi xde masalah. Ada bende leh tanam pokok kat tepi tu. cam menarik jerrr..


Ketujuh, heavennya bila cari software. Dah xde kerisauan sebab hampir kesemua software popular di dunia ini adalah Windows first. Mesti ada Windows Installer. Peace of mind.

Kelapan, nak print? Fuh cucuk je Surface ni. Xyah fikir compatible tak competible. Malah dalam mod tablet pun boleh terus print. Sebelum-sebelum ni kena wireless la, transfer dulu ke Telegram la. Cepat siap keje, xpening kepala.

Kesembilan, Microsoft 365. Makin bertambah features sekarang. Ada Cameo la, Slide Zoom la tu kalau Powerpoint. Kalau Word ada Transform ke Microsoft Sway. Ni xyah cerita la. Yang paling menyayat hati nak berlinang air mata ialah dah boleh buka data peperiksaan guna Microsoft Access. Hadui, bersih nak kepalaku. Kalau tak jenuh asyik tumpang laptop orang.

Kesepuluh, bab pakai Surface ni, bila nak conteng, terus je gapai Surface Pen, conteng. Nak tulis nota, tenyeh je ke depan, senang. Angle sendeng tak flat jadi sedap je menulis. Keyboard boleh cabut atau pasang tengok kegunaan. Sangatlah convenient nak oi.

Kesebelas, baru ku tahu ada hampir 4000 pengguna Surface ni kat Malaysia. What a big family. I missed a lot. Kalau la sedor dari dulu, lama dah pakai Surface ni.


Banyak lagi kemudahan dan keseronokan guna Windows dan Surface ni. I'm glad saya kembali ke pangkal jalan kejap. Adakah saya masih terus menggunakan peranti saya yang lain. Semestinya lah. Takkan nak bagi kat kau pulak. Huhu. Yang lain-lain ada banyak juga kelebihan. Cuma yang saya nak highlight adalah betapa menariknya Windows dan alatan Surface ini sehinggakan ia sangat kondusif dan masih relevan untuk digunakan oleh setiap individu. Ada satu fasa Windows macam hilang arah, xbest tetapi mereka cepat ikut trend dan semakin hebat sekarang. Surface juga sudah jadi alat multipurpose yang sangat berbaloi untuk wang ringgit dan pengunaan. Memang nampak ia fokus kepada practicality over hype and small power user niche. Ia kategori baru Tablet PC sesuai orang nak berjimat sebenarnya sebab dua fitur peranti gabung jadi satu. Faham ke faham?

Ok tadi saya ni demam nak tidur, duk pegang Surface tetibe rasa nak menulis kelebihannya.

Terima kasih kepada yang gigih memnbaca.
Semoga kita produktif dalam membuat keje-keje harian.

Esok kita bedah lagi kelebihan Windows+Surface ni, ada berani nak baca?

Apa-apapun, jangan lupa Join Telegram channel saya:

Catat Ulasan

0 Ulasan