Scaffolding adalah satu kaedah memberi galakan dan rangsangan kepada murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan ini memberi ruang murid untuk berdikari dan mengambil tanggungjawab merencanakan pembelajaran mereka sendiri. Guru bertindak sebagai fasilitator. Murid menerokai, memahami dan menguasai dengan penyeliaan dan sokongan guru..
Tunjukkan demonstrasi atau tunjukkan dengan jelas proses serta hasil akhir yang diharapkan. Murid perlu tahu apa yang mereka perlu buat. Modeling sebegini memberikan mereka petunjuk apa yang perlu dibuat. Seterusnya, murid akan melakukan sendiri mengikut gaya dan kefahaman mereka. Guru hanya perlu pandu murid agar mereka masih berada dalam lingkungan untuk mencapai objektif pembelajaran. Jalan proses yang diterjemahkan memberikan mereka garis panduan ke aras mencapai matlamat pembelajaran.
Kembangkan Pengetahuan Sedia Ada
Cungkil pengetahuan sedia ada murid. Dengan iut, kita dapat melihat sejauh mana murid tahu tentnag sesuatu topik dan boleh dikenalpasti sejauh mana pengetahuan asas mereka. Bukan sahaja guru dapat mengolah isi kandungan mengiktu tahap pengetahuan murid, malah guru juga dapat mengujakan murid dengan mengaitkan topik akan dipelajari dengan sesuatu yang sudah familiar dengan mereka.
Beri Masa untuk Bercakap
Murid memerlukan masa yang lebih untuk bersedia bercakap lanjut tentang sesuatu perkara. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah tahap pengetahuan murid, keyakinan mereka tentang fakta serta kemahiran untuk mengajar rakan lain memahami apa yang mereka sampaikan. Oleh itu, sangat penting untuk guru membantu murid meningkatkan pengetahuan mereka melalui aktiviti perbincangan, carian, perdebatan antara ahli kumpulan dan apa sahaja yang boleh menambahkan pengetahuan mereka. Selain itu, aktiviti terancang membantu murid menyediakan rangka jawapan yang lebih kemas untuk mereka bentangkan dengan teratur.
Gunakan Bahan Bantu Visual
Berikan rangsangan berbentuk visual. Rangsangan sedemikian meningkatkan minat murid visual untuk menggambarkan sesuatu pelajaran. Penggunaan carta dan grafik terurus memaksimumkan pemahaman murid konsep sesuatu topik. Murid hanya perlu mengingati beberapa istilah atau pecahan subtopik untuk menjelaskan sesuatu konsep. Bagi murid visual, penggunaan visual lebih menarik kerana ada sesuatu perkara lebih jelas jika ditunjukkan dengan gambar berbanding penerangan semata-mata.
Ajar Dahulu Istilah Asas
Istilah asas adalah kunci kepada kejayaan pemahaman kepada rangkaian teks yang lebih asas. Murid perlu jelas tentang maksud istilah asas dengan bantuan penerangan melalui pelbagai cara sama ada teks, visual, audio, video dan sebagainya. Dengam memahami istlah asas, murid lebih mudah menghafal dan menjelaskan mengikut kata kunci.
Berhenti, Tanya Soalan, Berhenti dan Semak
Utarakan mana-mana idea yang muncul semasa perbincangan umum atau perbincangan kumpulan kecil. Berikan ruang untuk idea tersebut dibincangkan. Atau berikan soalan untuk semua murid fikirkan. Hal ini dapat membina semangat ingin tahu dan mencabar kemampuan murid dalam menerokai pelajaran.
Kesimpulannya, guru perlu memberikan arah tuju kepada murid untuk meneruskan pelajaran. Murid belajar dengan efisyen dan efektif hasil daripada panduan yang jelas daripada guru. Peranan fasilitator perlu dipegang oleh guru sebagai peranan utama mereka dalam PdP.
0 Ulasan