Guru Muda: Jimat Masa Impak Maksima


Banyaknya lahai cikgu kena buat dalam kelas.

Kena kawal murid, kena buat aktiviti bermain, kena buat pembelajaran terbeza lagi.

Mana cukup masa!

Saya sering mendengar keluhan seperti ini. Hal ini adalah realiti dalam situasi pengajaran kita sehari-sehari. Itu belum lagi ditambah dengan kerja-kerja pengkeranian. Dalam bilik darjah sahaja kita bertarung dengan 30 lebih orang murid yang macam-macam perangai.

Dalam banyak-banyak keluhan, ada satu yang menarik perhatian saya. Bagaimana nak pastikan kita dapat berikan perhatian dan latihan sepatutnya kepada murid yang pandai dan pada masa yang sama dapat bantu murid lemah. Maklumlah, sekarang ini sudah tidak ada streaming jadi sangat sukar nak bagi sama rata kepada semua orang murid.

Guru bijaksana akan nampak hal ini sebagai satu peluang. Menjimatkan masa dan tenaga serta dapat impak maksima.
Caranya adalah..

Wujudkan sistem Guru Muda dalam bilik darjah.
Dalam kumpulan, pastikan ada seorang murid atau lebih yang lebih pandai akan membantu murid-murid lemah yang lain.
Murid pandai bantu murid lain, serta murid lemah akan belajar daripada rakannya. Cikgu boleh berjalan dari satu kumpulan ke kumpulan lain dan memantau perjalanan aktiviti. Maknannya, cikgu betul-betul bertindak sebagai fasilitator dan sumber rujukan sahaja.

Dengan ini, murid pandai akan memperkasakan lagi kefahaman mereka dengan menerangkan, sementara murid lemah akan belajar dengan cara rakan sebaya mereka faham. Mereka juga akan dapat bina keyakinan diri kerana belajar berdikari untuk belajar daripada pelbagai orang dan bukan bergantung kepada guru semata-mata.

Dengan itu, dapatlah ikgu jimatkan masa dan mepertingkatkan penglibatan aktif murid.

Pelbagai perkongsian dan tips PAK21 daripada Coach Herry:
t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan