10 IDEA ICE-BREAKING YANG PRAKTIKAL




Dalam kebanyakan program atau aktiviti kokurikulum, aktiviti pemula adalah penting. Ia dapat memberikan keseronokan dan merapatkan ukhuwah silaturahim di kalangan peserta. Dalam kelas pun, aktiviti ice-breaking ini penting untuk membentuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama murid. Tidak kurang juga untuk kursus-kursus PLC, kursus PAK21 PPD dan pelbagai lagi bentuk LDP. Mereka dapat mengenali diri masing-masing dengan cara yang menyeronokkan. Hasil daripada pembacaan dan kajian saya, ini adalah antara 10 aktiviti menarik yang boleh cikgu-cikgu cuba untuk sebarang program dan aktiviti bersama murid.

1. Name Game

Dalam kumpulan, setiap ahli menuliskan namanya di atas sekeping potongan kertas. Namanya didahului dengan satu kata sifat bermula dengan huruf yang sama dengan huruf pertama pada namanya, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Contohnya Cantik Chitra, Handsome Hairil, Nice Nora dan sebagainya.

2. Tag Nama Kreatif
Setiap ahli kumpulan bebas menggambarkan nama mereka dengan sebarang bentuk tulisan, lukisan, objek pada tag nama mereka.

3. 2 Truths & A Lie
Setiap ahli kumpulan memikirkan 2 perkara benar dan mencipta satu fakta palsu tentang diri mereka. Kemudian, ahli-ahli kumpulan cuba meneka yang mana satu benar dan yang mana satu palsu. 

4. Paired Sharing
Semua bergerak dan memilih seseorang yang paling tidak dikenali atau asing. Setiap orang mesti mempunyai pasangan. Kemudian, ketua akan mengumumkan satu topik untuk setiap pasangan bincangkan dan lebih mengenali antara satu sama lain. 


5. Siapa Dia?
Atas sehelai kertas, setiap orang menuliskan satu perkara menarik tentang dirinya dan memasukkan dalam balang kaca atau kotak. Kemudian, ketua akan mengambil sehelai kertas secara rawak dan membacakannya. Semua akan cuba meneka siapa pemilik kertas itu. Jika tiada yang berjaya, pemilik akan memunculkan diri dan mengakui dirinya.


6. Movie Ball
Sebiji bola akan dilantunkan dari seorang ke seorang dan sesiapa yang menangkap atau terkena bola perlu menamakan satu filem. Masa diberikan hanya 5 saat dan sekiranya gagal, individu tersebut akan keluar kumpulan. Peserta juga dikira kalah jika mengulangi nama filem yang telah pun disebutkan dalam pusingan. 

7. Extreme Rock, Paper & Scissors
Permainan osom ini adalah agak klasik. Cumanya, ia dimainkan secara berpasangan. Yang kalah akan melaung-laung nama yang menang. Yang menang akan menandingi ahli yang menang dari pasangan lain sehinggalah pada hujungnya hanya terdapat 2 orang peserta akhi. Anda akan mendengar laungan yang kuat untuk kedua-dua pemain. 

8. Never Have I Ever... (Saya Tidak Pernah...)
Dalam bulatan, setiap ahli menunjukkan 10 jari. Secara berturutan, setiap ahli akan bergilir menyebut satu perkara yang dirasakan pernah dibuat oleh ahli-ahli lain tetapi tidak diri sendiri. Contohnya, saya tidak pernah pergi ke Cyber Cafe. Sesiapa yang pernah perlu menutup satu jari dan tinggal 9. Permainan ini menjadikan ahli-ahli kumpulan lebih mengenali antara satu sama lain. 


9. Tall Tales 
Setiap ahli dalam bulatan akan memulakan atau menyambung dengan 2 ayat. Selesai ayat ke-2, ia perlu diakhiri dengan perkataan tiba-tiba....., (kemudian orang seterusnya pula menyambung). Setelah selesai kesemua giliran, kumpulan itu perlu mengulangi keseluruhan cerita dan berkongsi dengan kumpulan yang lain. 


10. Word Chains
Ahli pertama akan menyatakan ayat pertama dan orang seterusnya menambah satu perkataan yang sesuai. Orang itu perlu menyatakan keseluruhan ayat orang pertama dan perkataan dari dirinya. Orang yang ketiga pula akan menyatakan ayat orang pertama + perkataan orang kedua + perkataan daripada dirinya. Permainan ini menguji kekuatan memori ahli dan pasti menyeronokkan.

Semoga mendapat manfaat..

Jangan lupa join group saya, t.me/mudahmengajar



Berminat untuk turut serta? hubungi wasap.my/60193048070/bengkelsantaiulutiram

Catat Ulasan

1 Ulasan