KAEDAH MENARIK URUS PBD MURID



Pentaksiran Bilik Darjah mesti dilakukan oleh guru untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid. Ia bersifat dinamik dan ke arah menyuntik perlembangan seimbang murid dalam persekolahan mereka. Saya terpanggil untuk berkongsi kaedah menarik yang digunakan oleh Cikgu Roi dalam kumpulan Telegram Mudah Mengajar: t.me/mudahmengajar. Cikgu Roi adalah seorang guru Matematik di SMK Paya Rumput Melaka. Siapa tak kenal sekolah tu kan. Daripada Pengetua, PIBG sampailah kepada guru-gurunya yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jom kita tinjau cara Cikgu Roi urus PBD murid.

Rujuk:
👉 ASAS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
👉 CONTOH EVIDENS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


Perekodan PBD secara holistik... Gunakan apps Edevo Teacher daripada Play Store. Ni matlamat gradebook:

  • Performance Scale Grading - gred pada skala prestasi 4 mata
  • Rubrics - pelajar dapat menilai diri mereka sendiri, dan guru dapat memberi maklum balas
  • Individualized Programs - buat program tersuai untuk pelajar
  • Attendance - dengan pemberitahuan ibu bapa automatik
  • Messaging - mesej dalaman yang selamat antara ibu bapa, pelajar dan guru
  • Observations - guru boleh merakam pemerhatian anekdot pelajar, dan secara opsyennya dapat berkongsi dengan pentadbir dan kaunselor
  • Referrals - guru boleh merujuk pelajar kepada pentadbir atau kaunselor
  • Class Rosters - cetak jadual kelas untuk merekodkan tanda secara manual

Cara pemarkahan boleh pilih semasa setup bentuk penilaian, iaitu:
- Complete/ Incomplete
- letter
- Percentage
- Points

Bila pilih points, boleh pilih nilai maksima contoh 6 atau 10.

Penilaian saya terdiri daripada:
- Akhlak 20%
- Kuiz online 20%
- Kerja rumah 20%
- Ujian 20%
- Projek 20%

Guru boleh buat seberapa banyak Assignment dan klik pilihan jenis Assignment daripada kelima-lima kategori Assignment di atas.

dan Final Grade akan jumlahkan kepada markah 100%.

Untuk berbincang lanjut dan dapatkan panduan penuh, rujuk Cikgu Roi di: https://t.me/mudahmengajar/60716


Jangan lupa join group kami:
t.me/mudahmengajar

Jangan lupa dapatkan ebook terbaru Mudah Mengajar:



Untuk tempahan, hubungi: t.me/herryansyah

Catat Ulasan

0 Ulasan