ASAS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH



Sudahkah anda melengkapkan diri dengan sekurang-kurangnya pengetahuan asas Pentaksiran Bilik Darjah ini. Sebagai guru, kita perlu tahu asas-asas ini:

APA
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah satu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah.

BAGAIMANAKAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DINILAI?
Perkembangan pembelajaran murid dalam PBD dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan murid dengan menggunakan pendekatan pertimbangan profesional (professional judgement) guru melalui pentaksiran formatif dan sumatif.

PERTIMBANGAN PROFESSIONAL
Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan dokumen pentaksiran dan data pencapaian murid secara beretika untuk membuat keputusan mengenai tahap penguasaan murid. Berdasarkan The College's Working Definition of Professional Judgment

PENGETAHUAN
Guru berpengetahuan dalam bidang akademik dan praktikal proses PdP dan pentaksiran
INPUT MURID
Dokumen pentaksiran dan data pencapaian murid
TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL
Guru bertanggungjawab melaksana-kan pentaksiran dengan cekap dan sistematik
PENGALAMAN
Guru menggunakan input profesional dalam interaksi dengan murid

TAHUKAN ANDA?
Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran 
Standard Pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah  suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. 

TAHAP PENGUASAAN MURID DAN TAFSIRAN
1 Tahu
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Penentuan tahap penguasaan memerlukan pertimbangan profesional
guru dengan mengambil kira perkara -perkara berikut:
Untuk Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1, rujuk: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP 1


Join kami



Catat Ulasan

0 Ulasan